Disember 27, 2024

UTM-MBJB tandatangan MoU tingkatkan kerjasama

JOHOR BAHRU, 29 November 2017 –  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menandatangani memorandum persefahaman bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, perundingan dan komersilasi.

Profesor Zainudin dan Hj Amran bertukar dokumen perjanjian.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof. Dr. Zainuddin Abdul Manan dan Datuk Bandar MBJB, Hj. Amran A. Rahman.

Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, kampus Johor Bahru bersempena dengan program National Eco-Construction Competition 2017 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Prof. Zainudin berkata, melalui persetujuan yang telah dimetrai itu, tenaga profesional dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UTM memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kakitangan MBJB yang menyambung pengajian di UTM.

“Mereka akan memberikan tunjuk ajar kepada kakitangan MBJB yang menjalankan penyelidikan secara langsung dalam menyelesaikan permasalahan sekitar Bandaraya Johor Bahru seperti pengurusan banjir kilat, pengurusan data (Big Data) dan Pemantaun Struktur (Structural Assessment).

“Kakitangan UTM dan MBJB akan dilantik sebagai penceramah jemputan dalam program ilmiah, penilai program dan pengucap utama dalam mana-mana aktiviti anjuran kedua belah pihak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More