April 29, 2024

Search
Close this search box.

Siri Syarahan Perdana Profesor yang ke 87

Siri Syarahan Perdana Profesor yang ke 87 telah di sampaikan oleh Prof. Ir. Dr Ramli Nazir dari Fakulti Kejuruteraan Awam pada 16hb Oktober 2017.  Syarahan Perdana ini telah di jalankan di Dewan Seminar 1, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Syarahan yang disampaikan beliau bertajuk LEARNING FAILURE FROM THE PAST TO BENEFIT THE FUTURE: IN PERSPECTIVE OF TROPICAL GEOENGINEERING.  Pada Syarahan Perdana  Professor kali ini dipengerusikan oleh Dato Wira Dr. Abu Bakar Mohammad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia dan Prof. Emeritus Dato Ir Dr Zainai Mohammed selaku pengulas syarahan tersebut.

Lebih dari 100 peserta terdiri dari pengamal-pengamal kejuruteraan dari JKR, CIDB, Jurutera Perunding di sekitar Lembah Kelang telah menghadiri program ini.  Turut hadir adalah Naib Canselor UTM, Dato Prof. Ir. Dr. Wahid Omar.

Sumber: Prof. Ir. Dr. Ramli bin Nazir

 

Explore More