November 6, 2024

Search
Close this search box.

Konkrit abu sekam padi jimat kos bina rumah

KLUANG, 11 April 2017 – Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya  menghasilkan blok konkrit dari abu sekam padi bagi mengurangkan kos pembinaan rumah mampu milik.

Peserta mempelajari cara-cara membuat blok konkrit ringan.

Bagi memperkenalkan ciptaan terbaharu itu, Ketua Penyelidik Dr. Rosli Noor Mohamed dan kumpulannya mengadakan Program Pemindahan Teknologi Matching Grant Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) di Kolej Vokasional (KV) dekat sini, mulai hari ini.

Program memperkenalkan pembuatan blok konkrit ringan yang dihasilkan dari abu sekam padi diadakan di Kluang memandangkan daerah berkenaan mempunyai limpahan sisa pertanian itu yang dikenalpasti sebagai salah satu masalah yang dihadapi oleh pekilang padi di sana.

“Projek ini dijalankan sebagai pemindahan teknologi di bawah geran Penyelidikan Penghasilan Blok Konkrit Ringan Untuk Rumah Mampu Milik Menggunakan Abu Sekam Padi daripada IISJ yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

“Penyelidikan ini dilakukan bagi menyokong seruan kerajaan untuk merealisasikan projek mesra alam, penggunaan abu sekam padi telah dikaji dan diaplikasikan sebagai bahan tambah untuk menggantikan simen dalam bancuhan mortar,” katanya.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Noh Ibrahim dan dihadiri oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, Prof. Dr. Khairul Anuar Kassim dan Pengarah Kolej Vokasional Kluang, Hj. Salim Bahari.

Dr Rosli berkata, abu sekam padi didapati sesuai digunakan sebagai bahan gantian simen memandangkan ianya mengandungi kandungan silika yang tinggi dan dapat mengurangkan masalah lambakan sisa.

Program selama dua hari itu, bertujuan memberi pendedahan mengenai cara pembuatan binaan simenfero yang terdiri dari kerja-kerja membentuk kerangka, melepa meja dan kerusi.

Explore More