Disember 27, 2024

UTM-BMW Jalin Kerjasama Buka Peluang Buat Industri Pengajaran dan Pembelajaran

JOHOR BAHRU, 30 Mac 2015 – Satu memorandum persefahaman antara Universiti Teknologi Malaysia dengan BMW Asia Technology Centre Sdn. Bhd telah ditandatangani bertujuan mempergiatkan perkembangan industri dan akademik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Dengan terjalinnya memorandum persefahaman ini, pelajar dan staf UTM diberi keistimewaan untuk menghadiri kursus selama dua hingga tujuh hari di Cawangan Induk BMW Technology Centre di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Mou-UTM-dan-BMW--551x367
Prof. Dr. Rose Alinda bertukar dokumen persefahaman dengan Allan Harris dari Kumpulan BMW Malaysia dalam majlis menandatangani memorandum persefahama di antara UTM dan BMW Malaysia

Perjanjian ini juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kursus pendek yang dianjurkan oleh pakar logistik dan pengurusan dari BMW. Ini adalah tawaran tambahan kepada pelajar yang bakal menyertai BMW bagi mengikuti Latihan Industri.

Kerjasama di antara kedua-dua belah pihak ini tepat pada masanya memandangkan UTM dan BMW memahami kepentingan jalinan kerjasama melalui aktiviti pengajaran, pembelajaran dan latihan. Dengan usaha ini, para pelajar dapat mendalami kemahiran dan pengetahuan dalam bidang logistik, pergudangan dan pernigaan antarabangsa.

Memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rose Alinda Alias dan Allan Harris, Pengarah Kumpulan BMW Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

 

Explore More