Disember 26, 2024

PUTRAJAYA, 9 Oktober 2014 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan penarafan Pusat Kecemerlangan (CoE) di IPT untuk dinaikkan taraf sebagai Higher Institutions’ Centres of Excellence (HICoE) berdasarkan mekanisme dan kriteria penarafan yang piawai.

Penarafan ini dilakukan sebagai langkah strategik untuk melonjakkan HICoE yang telah dinobatkan untuk menjadi peneraju dalam bidang fokus masing-masing ke peringkat antarabangsa. Satu majlis Penganugerahan Geran MyLab, Penyerahan Watikah HICoE dan Pengiktirafan Penyelidik Cemerlang telah dilaksanakan, hari ini.

UTM diwakili oleh Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor telah menerima watikah pengiktirafan bagi Pusat Komunikasi Wayarless (Wireless Communication Centre / WCC).

Bagi Penganugerahan Geran MyLab, projek Border Security System Onshore Compliance Operations menerima sebanyak RM 6.85 juta. Prof. Dr. Abu Samah Mohd Supa’at mewakili UTM. Manakala, Prof. Madya Dr. Zulkepli Majid menerima geran sebanyak RM 3.615 juta bagi projek Design and Development of Rapid Airborne Geospatial Mapping System.

Majlis dihadiri oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II dan Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia.

award

Explore More