Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani diantara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membolehkan kerjasama dalam bidang kejuruteraan awam yang lebih dinamik dijalankan antara dua pihak.

Sesi menandatangani memorandum persefahaman ini telah berlangssung di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), kampus Johor Bahru tengahari tadi dengan UTM diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail manakala MBSA diwakili oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor.

Prof. Fauzi berkata hubungan baik antara kedua pihak telah pun terjalin sebelum termeterinya memorandum persefahaman ini.

“Pada tahun 2020, pihak MBSA telah menyalurkan dana penyelidikan melalui kajian “Experiment on Drainage & Curbs System Using Composite Porous Concrete for Urban Stormwater Management” yang dijalankan di Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UTM.

“Kerjasama lain yang masih berjalan adalah seperti inovasi produk konkrit berliang untuk sistem perparitan bandar yang mana akan dapat mengurangkan risiko banjir kilat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan aluan di lobi utama PRZS tengahari tadi Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Awam UTM, Prof. Dr. Noorhazilan Md Noor.

Kerjasama kedua belah pihak akan juga melibatkan aktiviti akademik, pembangunan modal insan, penyelidikan, perundingan serta penghasilan produk inovasi dan hasil intelek.

“Kerjasama strategik antara kedua pihak ini juga akan membolehkan berlakunya pertukaran dan perkongsian ilmu, idea dan wqawasan antara kedua-dua pihak dalam usaha mewujudkan kolaborasi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi serta pembangunan Penyelidikan dan Pembagunan (R&D). “Akhir kata, perkongsian kepakaran ini juga akan membantu MBSA dalam menyelesaikan masalah industri, meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kepada warga bandar raya di samping pihak UTM pula dapat memanfaatkan kerjasama ini dengan memperolehi manfaat melalui pendedahan terhadap sektor industri dan komuniti setempat,” katanya lagi.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail (dua kanan) dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani pada majlis yang berlangsung di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah tengahari tadi.

Explore More