April 24, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Penyelarasan Pemegang Taruh Projek “Low-Hanging Fruits” Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ)

Johor Bahru, 12 Februari – Pelaksanaan bengkel penyelarasan bagi projek Low Hanging Fruit di bawah Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) telah diadakan bersama pemegang taruh yang terdiri daripada agensi kerajaan Johor yang dikelola oleh Unit Perancang Ekonomi Johor(UPENJ) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Peserta bengkel bergambar beramai-ramai di Dewan Bankuet, UTM.

Sebanyak tujuh projek terlibat telah diberi peruntukkan oleh kerajaan negeri semasa pembentangan bajet Johor 2017 oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, 17 November 2016.

Sebanyak 11 agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Jabatan Mineral & Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Jabatan Agama Islam Johor ( JAIJ), Johor Biotechnology (JBIOTECH), Johor Corporation (JCORP), Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC), Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor.

Seramai 59 orang termasuk sekretariat dan ketua projek hadir bersama wakil projek di bengkel yang diadakan di UTM.

Dalam Bengkel tersebut, perkongsian maklumat tujuh projek telah dibentangkan oleh ketua projek iaitu  mempertingkat industri hiliran sumber mineral Johor, intelligent public transportation monitoring system for Johor state, e-pembelajaran untuk mualaf (e-mualaf) bagi institut latihan saudara baru Johor, Sustainable integrated activated carbon gas emissions adsorption of post-palm bunch ash process to fulfil environmental standard, enrichment of methane as a biomass fuel in biogass production of palm oil mill effluent by using anaerobic sequencing batch reactor (ASBR), online platform for johor youth development network dan dasar senibina masjid Johor dan garis panduan senibina masjid Johor.

Antara pengisian bengkel yang dibincangkan bersama adalah mengenai keselarian projek dengan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor dan keperluan agensi kerjasama, pengukuhan KPI yang lebih berimpak dari segi kuantiti dan kualiti projek, penglibatan pemegang taruh, peruntukan kewangan dan keperluan tambahan projek dan rakan koloborasi.

Hasil daripada bengkel tersebut, perlaksanaan projek dapat diperkukuhkan dengan penglibatan pemegang taruh disamping mengeratkan jalinan antara universiti dan agensi kerajaan negeri bagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Johor.

Explore More