April 27, 2024

Search
Close this search box.
Pasukan UTM bergambar bersama hadiah dan Mizz EV.

JOHOR BAHRU, 2 Oktober–  Pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM Evolt) berjaya memenangi dua hadiah Cabaran Mobiliti Hijau Proton (PGMC 2012) di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

UTM yang diwakili oleh pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik mempertaruhkan jentera Mizz EV memenangi hadiah bagi kategori Inovasi Terbaik dan Kejuruteraan Kenderaan Elektrik Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 bagi setiap kategori.

PGMC 2012 yang julung kali dianjurkan oleh pengeluar kereta nasional Proton dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 Oktober 2012.

Cabaran ini menyaksikan 10 universiti terpilih bertarung dalam beberapa kategori perlumbaan dengan masing-masing menaruhkan kecanggihan teknologi tersendiri untuk mengurus penggunaan tenaga dan haba bateri voltan tinggi dan teknologi pengawalan motor aruhan.

Penasihat Proton Tun Dr Mahathir melihat pengubahsuaian bahagian enjin Mizz EV.

Setiap pasukan dibekalkan dengan sebuah kereta Proton Saga BLM oleh Proton yang dipilih berdasarkan kepada kertas kerja yang kemukakan kepada pengeluar kereta nasional itu.

Pasukan yang bertanding perlu menggunakan pelbagai inovasi dan kreativiti untuk menggerakkan kenderaan menggunakan bateri yang dibekalkan oleh Proton bagi menguji kemampuan jentera masing-masing.

Mantan Perdana Menteri TunDr  Mahathir  Mohamad  Penasihat PROTON dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dan merasmikan majlis penutup Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012.

 

 

Antara kereta yang mengambil bahagian semasa majlis penutup.

Explore More