April 26, 2024

Search
Close this search box.
Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor berbual dengan Prof. Dr. Mohd Azraai di ruang pameran UTM.

 

KUALA LUMPUR, 17 Februari : Pro Canselor Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor mengunjungi pameran penyelidikan UTM di Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 di PWTC, hari ini.

Tan Sri Dr. Mohd Salleh meluangkan masa hampir setengah jam melihat produk penyelidik yang dipertandingkan sambil diiringi Timbalan dekan Pengurusan Penyelidikan Profesor Dr. Salasiah Endut dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dr. Mohd Azraai Kassim yang hadir sejurus kemudian.

Kehadiran Tan Sri Dr. Mohd Salleh dan Profesor Dr. Mohd Azraai yang tidak dijangka itu memberikan suntikan semangat kepada para penyelidik yang mengambil bahagian di pameran selama tiga hari bermula semalam.

Sementara itu,  Profesor Dr. Salasiah Endut berkata, UTM mempamerkan 48 produk penyelidikan dan setiap satu dipertandingkan dalam dua kategori yang berbeza.

Explore More