April 19, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 19 Januari : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memperkenalkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear bermula sesi 2012/2013.

Naib Canselor UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang berkata berikutan permintaan yang kian meningkat terhadap tenaga alternatif UTM menawarkan kepakaran memperkenalkan kursus nuklear.

“Banyak negara telah mula beralih kepada tenaga nuklear kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan dan harga yang terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di majlis serah tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Dewan Senat, hari ini.

Dr. Zaini berkata, pengenalan kursus berkenaan memberi peluang yang luas kepada mahasiswa untuk meneroka bidang tek

nologi nuklear dan menyedia tenaga kerja mahir untuk keperluan dalam negara.

“Kursus ini dirancang sejak dua tahun lalu telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi. Seramai 30 orang pelajar akan dipilih untuk mengikuti pengajian bermula pengambilan September 2012.

“Selain kelayakan akademik, pemohon perlu melalui saringan keselamatan yang disyaratkan dan keutamaan diberikan kepada warga tempatan,” katanya.

Dr. Zaini mengumumkan UTM akan menawarkan kursus teknologi nuklear mulai September 2012.

Explore More