April 24, 2024

Search
Close this search box.

STEM Day : Jom Terokai STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik)

Oleh Dr. Nor Ain Husein

Pada 20 Julai 2017, Khamis, dari 9 pagi hingga 6 petang, STEM Day terbuka untuk semua, bersempena dengan Iskandar Learning Festival 2017 (ILF2017).

Program ini, anjuran bersama IRDA, Fakulti Sains UTM, Centre of Engineering UTM dan Kolej Tuanku Canselor UTM, dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor, UiTM Pasir Gudang dan UniKL MITEC selaku tuan rumah menyediakan pelbagai program menarik untuk semua peringkat umur secara PERCUMA!

Antaranya ialah Creative Science Booths, demonstrasi dan pertandingan drone, Science Communication Workshop, Bengkel Autocar, Ceramah : Meet The Scientists, Forum ‘Careers in STEM dan banyak lagi. Juga pertandingan yang menarik berkaitan STEM untuk disertai dan ditonton, Pertandingan Saintis Cilik Kreatif (Jelajah Sains 2.0), From Zero to Hero (STEM Explorace) dan 3M STEM.

Mari turut serta terokai STEM bersama-sama dan terlibat dalam mencapai objektif STEM Day iaitu memberi akses pembelajaran sepanjang hayat berkaitan STEM secara percuma dan menyeluruh kepada komuniti.

Maklumat terkini, boleh layari https://www.facebook.com/jelajahsainsutm/

Jom teroka dan hargai STEM.

Explore More