HAZILAH MAD KAIDI

Covid-19: FTIR Cipta Dispenser Sanitiser Kendalian Kaki

Kumpulan penyelidik MySIGHT Rural Technology yang terdiri daripada staf akademik Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM KL telah menyumbangkan inovasi rekabentuk dispenser sanitiser kendalian kaki kepada komuniti. Selain daripada aktiviti membangunkan komuniti di kawasan luar bandar, kumpulan ini turut membantu menjalankan aktiviti dalam mengurangkan penularan Covid-19 di Malaysia.