April 29, 2024

Search
Close this search box.

“Jalan Pagi KL : An On-Site Review of Urban Design Interventions in Kuala Lumpur’s Historic Quarter”

Kuala Lumpur, 18hb Mac 2018 – Seramai 12 orang pelajar Sarjana Sains Reka Bentuk Bandar Mapan (MSUD), UTM Razak School telah berpeluang mengikuti program bersama International Council on Monuments and Sites Malaysia (ICOMOS) Malaysia, “JALAN PAGI KL : AN ON-SITE REVIEW OF URBAN DESIGN INTERVENTIONS IN KUALA LUMPUR’S HISTORIC QUARTER”.

ICOMOS adalah badan antarabangsa berstatus organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan kerja-kerja pemuliharaan dan perlindungan tempat-tempat warisan dunia.

Badan ini mempromosikan teori, metodologi serta teknik-teknik saintifik dalam penjagaan serta pemuliharaan kawasan sejarah warisan.

Program ini telah diusulkan oleh pihak MSUD dan merupakan program pertama seumpamanya dijalankan oleh pihak ICOMOS Malaysia.

Tujuan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan rekabentuk bandar Kuala Lumpur disamping memenuhi keperluan pengajaran untuk kursus-kursus ditawarkan MSUD terutamanya kursus melibatkan Urban Dynamics and Regeneration Studio (MRSS1145) dan Urban Design Theory and Method (MRSS1114).

Kaedah penyampaian menggunakan teknik “Townscape Appraisal” dengan melakukan kajian kes di tapak serta membincangkan potensi, masalah dan solusi bagi pembangunan rekabentuk bandar di Kuala Lumpur terutamanya di kawasan bersejarah.

Moderator untuk bengkel ini adalah Mariana Isa dan dibantu oleh Rosli Hj. Nor kedua-duanya dari ICOMOS Malaysia, selain Penyelaras Studio MSUD LAr. Dr. Rohayah Che Amat  danPenyelaras Program MSUD Dr. Mohammad Hussaini Wahab.

Program ini berlangsung selama enam jam meliputi Medan Pasar Besar-Bangkok Bank- Jalan Hang Kasturi- Petaling Street-Jalan Ampang-Jalan Melaka- Jalan Sultan. Pelajar diberikan tugas di setiap ‘pit-stop’ dan dijalankan perbincangan hasil dapatan daripada “townscape appraisal” sebelum berakhirnya program .

Explore More