Januari 18, 2025

NTU Assoc Prof Rainer Dumke and the AQSolotl team

Pensyarah UTM bantu tubuh syarikat hiliran pengkomputeran kuantum Singapura

JOHOR BAHRU, 3 Jan. – Seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Yap Yung Szen dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains, menjadi antara satu daripada individu penting dalam penubuhan sebuah syarikat hiliran Nanyang Technological University (NTU) dan National University of Singapore (NUS) dalam bidang teknologi kuantum, AQSolotl Pte. Ltd.

Syarikat ini merupakan syarikat “deep-tech” yang menjalankan penyelidikan berkaitan pengkomputeran kuantum. Dr Yap bersama beberapa penyelidik pengkomputeran kuantum di Singapura telah berjaya menghasilkan produk penyelidikan yang kini telah sedia untuk dikomersialkan.

NTU Assoc Prof Rainer Dumke and the AQSolotl team
Dari kiri, Prof. Madya Rainer Dumke, Patrick Bore, Paul Tan dan Dr. Yap Yung Szen (Sumber: NTU)

Komputer kuantum adalah sejenis pengkomputeran baharu yang berpotensi melakukan pengiraan berjuta-juta kali lebih pantas berbanding komputer tradisional tercanggih di dunia. Antara aplikasi masa hadapan bagi komputer berasaskan teknologi kuantum ini termasuklah bidang kecerdasan buatan (AI), kriptografi, serta simulasi bahan-bahan baharu seperti ubat-ubatan, bateri, dan panel suria.

Close up of the AQSolotl Quantum Controller
Alat kawalan kuantum AQSolotl.(Sumber: NTU)

Menerusi syarikat berkenaan, kumpulan penyelidik ini telah membangunkan CHRONOS-Q, yang berfungsi sebagai sistem kawalan komputer kuantum dan bertindak sebagai pengantara dengan komputer tradisional.

Selain sistem kawalan CHRONOS-Q, syarikat teknologi kuantum tersebut juga akan mengintegrasikan teknologi AI dengan teknologi kuantum melalui pelaburan Siri A yang bermula pada akhir tahun 2024.

Pengasas-pengasas AQSolotl terdiri daripada Patrick Bore, bekas ahli penyelidik kumpulan tersebut yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO); Dr. Yap Yung Szen sebagai Ketua Pegawai Teknikal (CTO); Paul Tan, seorang pelajar PhD, yang mengetuai bahagian Algoritma Kuantum; Prof. Madya Dr. Rainer Dumke, seorang penyelidik dari NTU yang berperanan sebagai penasihat saintifik; serta Marco Beckmann dari syarikat modal teroka, Venture Capital yang bertindak sebagai penasihat strategi.

Maklumat lanjut mengenai AQSolotl boleh didapati melalui pautan-pautan berikut:

Laman sesawang AQSolotl: http://www.aqsolotl.com

NTU | Cutting-edge quantum control technology commercialised: https://www.ntu.edu.sg/news/detail/cutting-edge-quantum-control-technology-commercialised

Centre for Quantum Technologies (CQT) | New spin-off AQSolotl debuts cost-efficient quantum controller: https://www.quantumlah.org/about/highlight/2024-12-aqsolotl-debuts-quantum-controller

Leading the Quantum AI Revolution: AQSolotl Solidifies Milestone Collaboration in Singapore: https://finance.yahoo.com/news/leading-quantum-ai-revolution-aqsolotl-065800722.html

Quantum Insider | Singapore Startup’s Quantum Controller Aimed at Bridging the Gap Between Traditional and Quantum Computing: https://thequantuminsider.com/2024/12/27/singapore-startups-quantum-controller-aimed-at-bridging-the-gap-between-traditional-and-quantum-computing/

 

Oleh Dr. Yap Yung Szen dan Prof. Madya ChM. Dr. Mohd Firdaus Abdul Wahab, Fakulti Sains, UTM

Explore More