September 15, 2024

Search
Close this search box.
Picture

FABU tingkatkan akademik pelajar SMK Taman Desa Jaya

JOHOR BAHRU, 13 Ogos – Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Jaya, Johor telah menganjurkan Program Kursus Peningkatan Akademik Mata Pelajaran Asas Kelestarian dan Grafik Kejuruteraan Teknikal bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMK Taman Desa Jaya.

Picture
Pelajar-pelajar SMK Taman Desa Jaya bersama guru-guru pengiring dan pensyarah-pensyarah FABU bergambar kenangan

Program selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Sr Dr. Othman bin Zainon, Pengarah Geoinformasi, dan turut dihadiri oleh barisan pensyarah kanan, termasuk Sr Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim, Sr Dr. Norhadija binti Darwin, Sr Dr. Kelvin Tang Kang Wee dan Dr. Aimi binti Musa serta kakitangan sokongan FABU seperti Encik Anuar bin Aspuri dan Encik Mohd Faizi bin Mohd Salleh. Program berlangsung di Dewan Kuliah C, Blok B09, FABU.

Picture
Pelajar-pelajar SMK Taman Desa Jaya mendengar taklimat pengenalan program di Dewan Kuliah C, Blok B09, FABU
Picture
Sr Dr. Othman bin Zainon, Pengarah Geoinformasi, menyampaikan taklimat pengenalan program

Program ini melibatkan 38 orang pelajar dari dua kelas iaitu kelas Asas Kelestarian (20 pelajar) dan kelas Grafik Komunikasi Teknikal (18 pelajar), serta tiga orang guru pengiring, iaitu Puan Siti Juwairiyah binti Ali, Puan Siti Halimah binti Abu Bakar dan Encik Ismahadi bin Ismail. Sebelum bengkel bermula, pelajar diberi peluang melawat Galeri FABU dan Makmal Built Environment Extended Reality (BEXER).

Picture
Pelajar dan guru pengiring diberi peluang merasai pengalaman Virtual Reality di Makmal BEXER FABU
Picture
Dr. Ahmad Faiz Azizi bin Ahmad Fauzi, Pensyarah Kanan Ukur Bahan, menerangkan teknologi virtual reality
Picture
Pelajar-pelajar SMK Taman Desa Jaya bergambar di Galeri FABU

Kursus ini dijalankan secara berasingan mengikut subjek. Pelajar Asas Kelestarian menerima penerangan oleh Sr Dr. Othman bin Zainon tentang pelaksanaan ukur aras sebelum menjalani amali lapangan di Helipad UTM dengan bantuan kakitangan Makmal Ukur Kejuruteraan dan Kadaster (UKK).

Picture
Pelajar SMK Taman Desa Jaya mempelajari kaedah ukur aras
Picture
Pelajar SMK Taman Desa Jaya bergambar di Tanda Aras berhadapan Masjid Sultan Ismail, UTM

Pelajar Grafik Kejuruteraan Teknikal pula diberi penerangan berkenaan Asas Seni Reka oleh Dr. Azari bin Mat Yasir dan Ts Dr. Muhammad Faizal bin Abdul Rani, pensyarah kanan dari Program Senibina. Pada sebelah petang, pelajar diberikan penerangan berkenaan Asas Lukisan Kejuruteraan di Studio Seni Bina.

Picture
Dr. Azari bin Mat Yasir menerangkan Asas Lukisan Kejuruteraan kepada pelajar
Picture
Pelajar menjalani sesi lukisan kejuruteraan dengan bimbingan pensyarah berpengalaman

Pada hari kedua, pelajar Asas Kelestarian diberi taklimat berkenaan Pengenalan kepada Uji Tanah oleh Dr. Afikah binti Rahim, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam. Mereka kemudian menjalani amali uji tanah di Makmal Uji Tanah, D03.

Picture
Pelajar SMK Taman Desa Jaya bergambar di hadapan Makmal Tanah, Blok D03, Fakulti Kejuruteraan Awam
Picture
Pelajar menjalankan amali mendapatkan sampel tanah untuk analisis, dibantu oleh Dr. Afikah binti Rahim

Manakala pelajar Grafik Kejuruteraan Teknikal diberi taklimat berkenaan Pengenalan kepada AutoCAD oleh Dr. Mohammad Ezzad bin Abu Bakar, Pensyarah Kanan Program Senibina di Studio Komputer 2, Blok B11, FABU.

Picture
Dr. Mohammad Ezzad bin Abu Bakar menerangkan penggunaan AutoCAD kepada pelajar
Picture
Pelajar diberi peluang mempelajari perisian AutoCAd secara ‘hands-on’ untuk meningkatkan pemahaman mereka

Majlis penutup diadakan pada sebelah petang, dihadiri oleh Sr Dr. Othman bin Zainon dan Puan Wanti binti Masrom, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Taman Desa Jaya, bersama pensyarah-pensyarah kanan FABU dan guru-guru pengiring. Pelajar subjek Asas Kelestarian memberikan maklum balas positif terhadap program ini.

Picture
Wakil pelajar, Nishant Nair A/L Chandren, memberikan maklum balas tentang program
Picture
Sr Dr. Othman bin Zainon menyampaikan cenderamata kepada Puan Wanti binti Masrom, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Taman Desa Jaya
Picture
Sr Dr. Othman bin Zainon menyampaikan cenderamata kepada wakil pelajar

Secara keseluruhannya, program ini membuka ruang untuk jalinan kerjasama yang lebih erat antara UTM, khususnya FABU, dan pihak sekolah. Diharapkan, inisiatif ini menjadi penyumbang kepada penghasilan bakal calon mahasiswa UTM pada masa hadapan.

Explore More