September 13, 2024

Search
Close this search box.
BPA Turun Padang

BPA turun padang: Inisiatif mendekati pelanggan kolej kediaman

JOHOR BAHRU, 18 Ogos – Unit Residen melalui kolej-kolej kediaman giat menjalankan usaha mendekati pelanggan ke arah memperbaiki kualiti perkhidmatan, khususnya dalam pengurusan asrama. Inisiatif yang dimulakan sejak Mei 2024 ini bertujuan untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas berkaitan sebarang isu fasiliti di kolej kediaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

BPA Turun Padang
Sesi lawatan di sekitar Kolej 9 & 10

Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP), yang diketuai Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin bin Musa, menganggap usaha ini sebagai satu platform untuk memberikan penjelasan secara langsung berhubung sebarang aduan, kerja-kerja penyenggaraan, naik taraf fasiliti, serta perancangan strategik ke arah menyediakan kemudahan yang lebih berkualiti kepada pelajar.

BPA Turun Padang
Lawatan di Kolej Tun Hussein Onn

Program ini turut disertai oleh Pengarah Seksyen Perkhidmatan, Pengarah Seksyen Penyenggaraan Fasiliti dan Infrastuktur, Pengarah Seksyen Pembangunan, serta Pengarah Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus, bersama barisan ketua unit, staf, dan kontraktor yang terlibat. Dari pihak pelanggan, iaitu Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), program ini dihadiri oleh pengetua kolej, barisan felo dan pembantu felo, serta pelajar yang merupakan ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM).

BPA Turun Padang
Menyantuni pelajar di sekitar blok kediaman

Selain sesi soal jawab dan komunikasi secara dua hala antara BPA dan HEPA, sesi lawatan ke sekitar kolej turut dijalankan bagi sama-sama melihat dan mendapatkan maklum balas pelajar berkaitan isu-isu berbangkit di kolej kediaman.

BPA Turun Padang
Bersama ahli JKM di Kolej Tun Dr. Ismail

Program ini yang dijalankan pada waktu malam telah dilaksanakan sebanyak lima siri di lima kolej kediaman, iaitu Kolej Rahman Putra, Kolej 9 & 10, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Dato’ Onn Jaafar, dan Kolej Tun Dr. Ismail. Siri seterusnya dijangka akan diteruskan sebaik sahaja sesi 2024/2025 bermula.

Explore More