Disember 27, 2024

WhatsApp Image at

JOHOR BAHRU, 28 0gos – Pengurusan Fasiliti Fakulti Komputeran telah menganjurkan Kursus Jana Dokumen Menggunakan Autocrat yang bertempat di Makmal Pengajaran 2, N28a Fakulti Komputeran. Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang, melibatkan penyertaan seramai 25 orang staf pentadbiran dan teknikal.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kecekapan peserta dalam memahami teknik operasi Autocrat, serta membangunkan tetapan mudah bagi penggunaan aplikasi ini, seperti menghasilkan e-sijil yang efisien dan lengkap. Di samping itu, peserta diajar mengaplikasikan sistem digitalisasi dan automasi dalam rutin kerja harian serta mempelbagaikan kegunaan Autocrat untuk pelbagai tujuan.

Kursus ini dikendalikan oleh Cik Hasnah Musim, Penolong Jurutera Fakulti Komputeran, selaku tenaga pengajar, dibantu oleh Pn. Ruzanah Sahudi, Juruteknik Komputer Kanan Fakulti Komputeran, sebagai fasilitator sepanjang program.

WhatsApp Image at ()
Tenaga pengajar sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta

Kursus ini merangkumi empat bab utama, yang meliputi tutorial lengkap penjanaan sijil, dari kemasukan data sehingga sijil terjana dan diedarkan kepada penerima. Sesi latih tubi juga dijalankan bagi memperdalam kemahiran peserta. Peserta turut diajar cara menyediakan templat sijil mengikut keperluan masing-masing dengan menggunakan perisian seperti Canva, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator atau aplikasi lain yang berbayar mahupun percuma. Hasil daripada kursus ini, peserta dapat menyediakan set data mudah, menjana sijil dengan satu klik, serta mengedarkan sijil tersebut secara automatik.

WhatsApp Image at
Latih tubi memberi kemahiran yang lebih mendalam kepada peserta
peserta
Peserta tekun mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Kursus ini juga diserikan dengan pertandingan e-Sijil Kreatif dari kalangan peserta. Tiga e-sijil terbaik telah dipilih, dan hadiah disampaikan oleh Pengurus Fasiliti Fakulti Komputeran, Ts. Mohd Hazri Ishak. Menurut salah seorang peserta, Cik Muzdalifah Ramli, kursus ini sangat bermanfaat baginya sebagai staf pentadbiran yang terlibat dalam program dan tugasan harian di pejabat. Ia secara tidak langsung menambah ilmu dan meningkatkan kualiti serta efisiensi kerja.

WhatsApp Image at ()
Peserta menerima cenderahati daripada pengajar
Peserta menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pengurus Fasiliti
WhatsApp Image at ()
Pemenang e-Sijil Terbaik

Program ini menunjukkan pencapaian yang membanggakan dari segi penyertaan dan tahap pemahaman peserta. Latihan seperti ini berjaya memperkukuhkan kemahiran teknikal staf, selaras dengan keperluan dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Kejayaan ini juga membuktikan komitmen fakulti dalam memastikan staf mereka sentiasa diberi pendedahan dan latihan yang relevan serta berkualiti.

Melalui penganjuran program In-House Training: Aplikasi Autocrat, Fakulti Komputeran bukan sahaja berjaya mencapai objektif kursus, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kecekapan staf melalui latihan dalaman. Diharapkan usaha ini akan menjadi model kepada jabatan lain untuk memperkasakan staf mereka dengan ilmu dan kemahiran terkini.

Explore More