November 18, 2024

Search
Close this search box.
Untitled

Ke arah Kampus Lestari, BPA-JTNCP anjur perjumpaan bersama pelanggan

JOHOR BAHRU, 14 Jul. – Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus, Bahagian Pengurusan Aset JTNCP telah mengadakan satu Sesi Perjumpaan Bersama Pelanggan khususnya melibatkan semua wakil-wakil dari setiap PTJ di Zon Akademik dan  Zon Kolej Kediaman, Kampus UTM Johor Bahru. Program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa selaku Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset JTNC(P) dan Penceramah Program. Seramai 52 wakil dari setiap PTJ telah hadir pada pogram ini sehingga program selesai.

Untitled
Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa memberikan taklimat kepada para hadirin.

Antara agenda utama Pengurusan BPA-JTNCP mengadakan program ini adalah untuk menyantuni pelanggan di setiap PTJ bagi mendapatkan maklumbalas tentang perkhidmatan yang diberikan, perkongsian ilmu berkaitan Pengurusan Penyengaraan Fasiliti di kampus UTM Johor Bahru, khususnya Kontrak Tender Baharu Pembersihan Bangunan dan meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang Inisiatif Kelestarian Kampus seterusnya menjalinkan kerjasama dalam memastikan kampus UTM sentiasa Berseri, Indah dan Lestari.

Untitled

Program ini juga turut melibatkan wakil dari setiap Kontraktor yang terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja Penyenggaraan Pembersihan Bangunan di seluruh kampus UTM Johor Bahru. Melalui program seperti ini semua pihak yang terlibat dapat sama-sama memberikan buah fikiran yang bernas dan bertukar-tukar pandangan tentang proses Penyenggaraan Pembersihan Bangunan di UTM Kampus Johor bahru. Semoga program seperti ini dapat dijayakan lagi pada masa yang akan datang seterusnya dapat meningkatkan mutu kebersihan bangunan di kampus UTM Johor Bahru.

Untitled
Wakil dari pihak kontraktor dan wakil-wakil dari setiap PTJ yang hadir.
Untitled
Kata-kata aluan dan ucapan selamat datang dari pengacara majlis bagi memulakan program.
Untitled
Barisan Pengurusan BPA-JTNC(P) yang hadir pada program ini.

Explore More