November 25, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Geo Career Carnival buka peluang pekerjaan kepada graduan tahun akhir Geoinformasi

JOHOR BAHRU, 25 Jul. – Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menganjurkan Geo Career Carnival 2024 (GCC2024) pada 24 & 25 Julai 2024 sebagai satu platform yang memberi peluang kepada graduan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ditemubual seterusnya ditawarkan peluang pekerjaan oleh wakil industri yang hadir ke program ini. Program GCC2024 ini antara lainnya bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama antara pihak universiti,industri dan agensi seterusnya melengkapkan konsep quadruple helix iaitu memberikan semula kepentingan daripada jalinan ini kepada para pelajar UTM khususnya pelajar Geoinformasi.

Picture
Bicara Kerjaya yang telah disampaikan oleh wakil Plus Berhad Malaysia dan PETRONAS Upstream pada hari pertama program

 

Picture
Barisan urus setia Program GCC2024

Program Geo Career Carnival 2024 yang baru kali kedua dianjurkan ini telah dihadiri oleh enam belas (16) industri dalam bidang Kejuruteraan Geomatik dan Sains Geoinformatik. Antara agensi yang hadir adalah Mesra Ukur Sdn. Bhd., Ezam & Associates Sdn. Bhd., RM Geometra Sdn. Bhd., Mapgeo Sdn. Bhd., Juruukur Resources Sdn. Bhd., Sekara Prima Sdn. Bhd., RDG Supply Sdn. Bhd., Pageo Geoscience Sdn. Bhd., Jurukur Jasa Jaya Sdn. Bhd., Jurukur Khoo & Mas Sdn. Bhd., Ukur Sekitar Sdn. Bhd., Jurukur Zenith Sdn. Bhd., Enviros Survey & Consultancy Sdn. Bhd., Juruukur Tanahmas Sdn. Bhd., Info-Geomatik Sdn. Bhd. (M) dan Geo-Runding Sdn. Bhd..

Picture
Pengarah Geoinformasi, Dr. Othman Zainon menyampaikan cenderamata kepada wakil syarikat RDG Supply Sdn. Bhd. iaitu Dr. Ricky.

 

Picture
Pengarah Geoinformasi, Dr. Othman Zainon menyampaikan cenderamata kepada Naib Presiden PEJUTA, Sr. Ezam Ariffin.

 

Picture
Pelajar sedang ditemubual oleh wakil industri

 

Picture
Pelajar sedang ditemubual oleh wakil industri

 

Picture
Pelajar sedang ditemubual oleh wakil industri

Program telah dihadiri lebih 80 orang pelajar Geoinformasi yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Kejuruteraan Geomatik dan Sains Geoinformatik. Sesi temubual ringkas telah dijalankan dan hasil daripada temubual tersebut, majoriti pelajar yang hadir telah ditawarkan peluang pekerjaan daripada agensi yang hadir ke GCC2024 dengan tawaran gaji yang menarik. Program telah dirasmikan oleh Pengarah Geoinformasi, Sr. Dr. Othman Zainon serta barisan pensyarah kanan Geoinformasi.

Picture
Pengarah Geoinformasi, Dr. Othman Zainon bergambar bersama pelajar-pelajar tahun akhir Geoinformasi dan wakil industri

Di samping sesi temubual, terdapat juga slot Bicara Kerjaya yang disampaikan oleh pihak Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) – Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah (GLS), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), Plus Berhad Malaysia dan PETRONAS Upstream bagi memberikan idea kepada para pelajar berkenaan pilihan-pilihan laluan kerjaya bagi bidang Kejuruteraan Geomatik dan Sains Geoinformatik serta pendedahan tentang teknologi-teknologi baharu dalam bidang Geoinformasi. Di samping itu, pelajar turut diberi pendedahan berkenaan program-program pasca siswazah yang boleh diceburi sekiranya ingin melanjutkan pengajian kelak.

Tuntasnya, program GCC2024 ini merupakan satu program yang sangat baik bagi membuka peluang pekerjaan kepada bakal graduan Geoinformasi UTM serta mengeratkan jalinan antara pihak UTM dan pihak industri dan agensi secara umumnya.

Explore More