Oktober 6, 2024

Search
Close this search box.
FKM Haos Ek

MODE 2024 Platform FKM Perkasa Hubungan Universiti-Industri Ke Arah Menginovasi Penyelesaian Dalam Negara

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program Mechanical Open Day & Exhibition 2024 (MODE 2024) yang berlangsung dari 4 hingga 5 Jun.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha FKM UTM dalam memperkukuh dan memperkasa hubungan Universiti – Industri ke arah menginovasi penyelesaian dalam negara.

Pengarah Program, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman berkata, penganjuran MODE 2024 telah menarik penyertaan daripada 10 syarikat korporat berstatus premium dengan tawaran lebih 50 peluang pekerjaan dan 100 penempatan latihan industri khusus buat pelajar tahun akhir FKM UTM.

MODE

“Ini merupakan peluang keemasan kepada pelajar tahun akhir FKM UTM untuk menempatkan diri  dalam industri dengan tawaran gaji permulaan premium RM4,000 ke atas, sebagaimana yang digariskan dalam fokus Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Hal ini turut sejajar dengan hasrat FKM UTM untuk terus komited dalam menghasilkan graduan kejuruteraan mekanikal berkualiti tinggi berorientasikan masa hadapan, sekali gus memperkasakan lagi barisan hadapan jurutera siswazah yang akan bertindak sebagai penginovasi penyelesaian demi kesejahteraan negara.

FKM Innovation Exhibition

Sementara itu, Dekan FKM UTM, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zaini Ahmad berkata, penganjuran MODE 2024 turut membuka peluang dan ruang FKM UTM untuk memperkukuh jalinan hubungan penyelidikan dan inovasi merentas industri, agensi dan komuniti.

“MODE 2024 menyaksikan sebanyak lima memorandum persefahaman (MoU), memorandum persetujuan (MoA) dan surat setuju terima (LoA) telah ditandatangani bersama Institut Teknologi Bandung (ITB), Jeonbuk National University (JNU), Universitas Jenderal Achmad Yani, Haos Ek?, 3D Gens, AME Manufacturing dan TWI.

FKM MoU

“Jalinan hubungan yang padu  merentas industri, agensi dan komuniti akan meningkatkan lagi reputasi FKM UTM di persada antarabangsa, sebagaimana yang telah dibuktikan menerusi peningkatan subjek Mechanical, Aeronautical & Manufacturing Engineering di tempat ke-125 berbanding 137 (tahun sebelumnya) dalam penarafan QS World University Ranking by Subject 2024.

FKM MoU Indonesia

“FKM UTM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Haos Ek?, Turcomp Engineering dan Kistler selaku penaja utama program kita pada kali ini. Turut bersama-sama kita pada kali ini ialah Naico Malaysia, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) dan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) selaku rakan strategik program.

MODE

Dalam pada itu, MODE 2024 turut menyaksikan penganjuran pelbagai aktiviti menarik seperti Industrial Exhibition and Career Fair, Symposium on Industrial, Materials and Manufacturing 2024 (SIMM 2024), Research Innovation, Competition and Exhibition (RICE), Community Smartech Exhibition, Book Entrée, Domino Challenge, Aerodex Drone Showcase, Offshore Platform Competition, DriveEd Festival, International Food Festival, Talent Night, Mecha Night Run, PGSS Coffee Talk dan FKM Explorace.

MODE News Domino

MODE

FKM Driving Simulator

MODE

Perasmian Pembukaan MODE 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Program yang berlangsung selama dua hari ini telah menarik penyertaan kira-kira 3,000 orang pengunjung yang terdiri daripada warga UTM, pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat.

FKM Talent Night

FKM Night Run

Explore More