Disember 25, 2024

ecf ed abe e cfc

Program “Navigate Your Employment Terms” bimbing bakal graduan dalam persiapan ke alam pekerjaan

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Bagi mendedahkan pemahaman pelajar terhadap terma dan syarat dan syarat dalam kontrak pekerjaan apabila memasuki alam pekerjaan kelak, Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) dan Star Consultation telah menganjurkan Program “Navigate Your Employment Terms: Getting To Know The Other Half Before Tying The Knot” pada 25 Mei 2024 yang lalu bertempat di Dewan Sri Meranti, Kolej Rahman Putra. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan kelak dalam memahami kepentingan membaca dan memahami terma dan syarat kontrak pekerjaan secara menyeluruh sebelum membuat komitmen.

Seorang peserta bertanyakan soalan kepada Panel Jemputan semasa Sesi Soal Jawab (Q&A).
Peserta mengajukan soalan kepada Panel Jemputan semasa Sesi Soal Jawab (Q&A).

Program dihadiri kira-kira 25 orang peserta ini telah menghadirkan Encik Muhammad Saifullezam Razali iaitu seorang Human Resource (HR) practitioner sebagai panel jemputan. Sesi perkongsian yang disampaikan menyentuh pelbagai aspek yang berkaitan terma dan syarat kontrak pekerjaan. Sesi ini juga membimbing bakal graduan dalam membuat keputusan yang berinformasi dan bijak mengenai penerimaan atau penolakan tawaran pekerjaan berdasarkan pemahaman yang jelas tentang terma dan syarat yang ditawarkan dan menyediakan pengetahuan tentang hak-hak pekerja di bawah undang-undang buruh dan bagaimana untuk melindungi hak-hak tersebut dalam konteks kontrak pekerjaan.

Akhir sekali, dengan adanya program seperti ini, kami di pihak SEJATI UTM berharap agar segala perkongsian yang telah disampaikan oleh panel jemputan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh bakal graduan demi kebaikan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Explore More