November 22, 2024

Search
Close this search box.
adcd aa ccb

CTLD komited lahirkan pelapis pemimpin universiti

 

JOHOR BAHRU, 29 April – Pihak Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar terus komited melahirkan pemimpin pelapis di UTM melalui pelbagai program kepimpinan. Sehubungan dengan itu, satu program kepimpinan bersiri iaitu Executive Onboarding Program (EOP) yang mendedahkan asas pengurusan dan pentadbiran universiti kepada pentadbir akademik lantikan baru dan Staf PPP yang dikenalpasti. Pelaksanaan program ini juga adalah sebahagian daripada keperluan strategik objektif Universiti iaitu Strategic Leadership & Succession Planning.

n
Sesi Perkongsian dari YBhg Prof Emeritus Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai Mohamed

Membariskan tokoh-tokoh yang berpengalaman sebagai fasilitator dalam bidang pengurusan universiti khususnya pengurusan govenan Universiti dan akademik, program yang telah memasuki siri ke tiga (3) telah berjaya dilaksanakan selama tiga (3) hari di sebuah hotel di Johor Bahru. Diketuai oleh YBhg Prof Emeritus Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai Mohamed, barisan fasilitator lain adalah Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, mantan Naib Canselor UTM; Dato’ Prof. Emeritus Dr. Ahmad Darus, mantan Dekan dan mantan Ahli Lembaga Pengarah UTM; Prof. Dr. Salleh Abu mantan dekan, Prof. Dr. Zaidatun Tafsir mantan Dekan; Prof. Dr. Astuty Amri mantan dekan; dan Prof. Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin dan Puan Hjh Nor Azizah Ismail, Pendaftar UTM.

n
Sesi perkongsian dari Puan Nor Azizah Ismail, Pendaftar UTM

Sepanjang program tiga (3) hari ini, seramai 45 orang peserta ini telah diberikan pendedahan kepada lima (5) aspek iaitu Govenan, Kepimpinan Institusi, Kepimpinan dalam akademik, Kepimpinan dalam Kewangan dan Kepimpinan dalam penyelidikan. Selain sesi perkongsian dari para fasilitator, peserta juga didedahkan dengan pelbagai  ‘case study’  berkaitan dengan topik-topik yang telah dikenalpasti dan juga sesi TED Talk Style  dan Self-Reflection.

Pihak penganjur berharap dengan penganjuran program EOP ini, pengurusan govenan dalam kalangan pentadbir lantikan baru dan staf PPP yang dikenalpasti keseluruhan di UTM dapat dipertingkatkan dan ditambahbaik dari masa ke semasa.

WhatsApp Image at PM
Barisan urusetia dari CTLD UTM

 

Oleh: Khairull Azmi Bin Ishak dan Nurazlin Masir

Explore More