Mei 12, 2024

Search
Close this search box.
photo y

Program “We Care We Share” santuni pelajari duduki peperiksaan

JOHOR BAHRU, 8 Feb. – Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM melalui program “We Care We Share 1.0” telah menyantuni hampir 200 orang pelajar UTM yang akan menduduki peperiksaan di Dewan Peperiksaan Blok N24, UTM Johor Bahru.

Program tanggungjawab sosial ini menjadi salah satu program tahunan Kelab GPS UTM Johor Bahru yang telah dimulakan pada tahun 2023. Sebanyak 200 bungkus roti dan air kotak telah diedarkan kepada pelajar-pelajar UTM yang akan menduduki peperiksaan di dewan peperiksaaan yang terletak di bangunan N24.

photo y
Barisan jawatankuasa “We Care We Share 1.0” yang komited menjalankan tugas mereka.

Pengarah program “We Care We Share 1.0”, Akmal Rizal Zaini berkata program yang dianjurkan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial yang diadakan oleh Kelab GPS UTM Johor Bahru pada tahun ini. Agihan kepada pelajar-pelajar UTM yang bakal menduduki peperiksaan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar mengisi perut sebelum masuk ke dewan peperiksaan, ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Kelab GPS UTM turut berkesempatan menyalurkan sumbangan berbentuk makanan kering seperti biskut, bihun, mi segera, gula dan tepung ke Rumah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) sejurus selesai sesi agihan roti dan air kotak di dewan peperiksaan bangunan N24.

photo y
Ahli kelab GPS semasa mengedarkan roti dan air kotak kepada pelajar di N24.

Kelab GPS UTM akan menganjurkan Program We Care We Share 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai ini di lokasi yang berlainan pula. Semoga pelajar-pelajar dapat menjana tenaga dan minda untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lancar dan bersemangat. Selamat Maju Jaya dari GPS UTM.

Explore More