November 5, 2024

Search
Close this search box.
featured image U

Perdana Residence U7 kini berwajah baharu

JOHOR BAHRU, 4 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa komited dalam memenuhi kemudahan asas bagi menjamin keselesaan para pelajar sepanjang bergelar mahasiswa di sini. Komitmen sebegini dibuktikan melalui blok Perdana Residence U7 yang kini selesai dinaik taraf bukan hanya memberi wajah baharu kepada blok kediaman ini bahkan lebih menumpukan kepada mempertingkat keselesaan para pelajar.

Penaiktarafan blok penginapan Perdana Residence U7 dilengkapi dengan fasiliti terbaik buat para pelajar ini telah secara rasminya sedia diduduki apabila disimbolikkan melalui Majlis Penyerahan Projek yang telah disempurnakan oleh Pengerusi, Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) UTM, Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa.

“Inisiatif penaiktarafan blok penginapan Perdana Residence U7 ini dilihat mampu memberi dimensi yang baharu kepada penyediaan fasiliti yang terbaik buat para pelajar UTM khususnya, serta menawarkan pengalaman pembelajaran terbaik sepanjang mereka berada di Universiti ini.”, kata Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa.

affed ed d b dbc
Sr Dr. Tajul Ariffin (tiga dari kiri) menyempurnakan simbolik penyerahan Residence U7 kepada Encik Ariffin (dua dari kanan).

Sinergi, komitmen dan kepakaran dalaman kumpulan projek terutamanya daripada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), pihak kontraktor dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan penyiapan projek ini adalah menjadi tunjang kepada perealisasian penaiktarafan ini.

Meletakkan iltizam melahirkan graduan holistik, semua pihak perlu berperanan secara kolektif dan melakukan penambahbaikan berterusan. Menyedari hakikat ini, selain fakulti yang lazimnya berperanan dari sudut akademik sepanjang pengajian mahasiswa di universiti, peranan kolej kediaman turut menyumbang kepada usaha berkenaan.

dalaman U
Ruang kediaman seperti sebuah rumah.

Bangunan Blok U7 yang setinggi lapan dan sembilan tingkat berupaya memuatkan seramai 226 orang pelajar ini telah dibaik pulih secara keseluruhannya lengkap dengan penambaikan fasiliti dalaman termasuk penyediaan ruang istirahat pelajar (student lounge) bagi tujuan guna sama para pelajar.

Kehadapan, kerja penaiktarafan dua buah blok di kelompok kediaman ini juga, iaitu Blok U6 dan U5 bakal selesai dalam tempoh dua tahun akan datang. Dengan penambahbaikan ini, dua blok berkenaan dijangka dapat menampung seramai hampir 500 orang pelajar. 

Turut hadir Pengarah Seksyen Projek dan Penyenggaraan, Sr Asliza Bakar, Ketua Encik Arifin Basserany, Ketua Unit Residen, pegawai-pegawai kanan Bahagian Pengurusan Aset, JTNCP UTM serta kumpulan projek dan kontraktor Lucky Angel (M) Sdn. Bhd.

BPA UTM
Kakitangan BPA UTM yang hadir bergambar bersama wakil kontraktor.

 

dad badc a be abeeef
Kemudahan pantri di setiap unit kediaman.

 

dbc beac de ba ae
Pandangan bilik tidur.

 

edd f b a cfde
Laluan masuk ke unit kediaman.

 

acf d b df eacdfb
Pandangan ruang tamu dan pantri dalam unit kediaman.

 

Oleh  Ts. Shalan Talib & Hariani Md Yunus

Explore More