Mei 8, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

40 sukarelawan UTM menyahut seruan Kerajaan Negeri sertai Program Johor Bersih

JOHOR BAHRU, 6 Jan –   Seramai 40 orang sukarelawan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyahut seruan Kerajaan Negeri Johor dengan menyertai program Gotong Royong di Pantai Lido bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Program Johor Bersih@ Pantai Lido anjuran Pejabat Menteri Besar Johor itu telah berlangsung di kawasan tapak pusat beli belah Lot 1 hingga ke persisiran pantai berhadapan bangunan Kompleks Islam Johor (anggaran jarak 3 km). Aktiviti ini adalah selari dengan Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) yang diletakkan di bawah SDG 3 iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik.

WhatsApp Image at
Pasukan sukarelawan UTM mendengar taklimat yang diberikan sebelum memulakan kerja gotong royong dalam program

Penyelaras penyertaan peringkat UTM, Kiflee Jimpi berkata seramai 1,000 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi Kerajaan, swasta dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan Southern Volunteers turut hadir dalam menjayakan aktiviti pembersihan (mengutip sampah) di persekitaran kawasan Pantai Lido tersebut.

Sebanyak 10 checkpoint telah dibahagikan mengikut zon bekerja bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan lebih meluas, teratur dan berkesan.

WhatsApp Image at
Pasukan sukarelawan UTM yang bertugas membersihkan kawasan sekitar pusat beli belah Lot 1 JB Water Front City.

Sukarelawan UTM, telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di zon checkpoint 1 iaitu di sekitar pusat beli belah Lot 1 JB Waterfront City. Semua sukarelawan terlibat bekerjasama dengan pasukan dari Transbay Ventures, Southerns Volunteers, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan juga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) daerah Johor Bahru.

Turut hadir ke program berkenaan ialah Pegawai Dearah Johor Bahru, Tuan Haji Muzaldin Haji Mohamed, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), YB Dato’ Haji Mohd Noorazam Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan) YB Dato’ Haji On Jabbar; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Johor, Ketua-ketua jabatan dan penghulu-penghulu mukim.

Kerajaan Negeri Johor menyeru orang ramai untuk sama-sama berganding bahu dalam meneruskan inisiatif Johor Bersih dengan menjaga kebersihan dan sama-sama bertanggungjawab menjaga alam sekitar.

Sukarelawan UTM semasa sedang menjalankan aktiviti mengutip sampah.

Explore More