November 22, 2024

Search
Close this search box.
leadership, teamwork, leader-7882178.jpg

Ciri-ciri pemimpin efektif amal Kepimpinan Quantum

Konsep kepimpinan telah mengalami banyak transformasi. Bermula daripada pendekatan teori ‘Great man’,  trait , tingkahlaku, kontigensi dan teori kepimpinan yang menggabungkan trait, tingkah laku dan situasi.  Perubahan kepimpinan diperlukan untuk memenuhi kepelbagaian pengikut, situasi dan persekitaran. Antara kepimpinan  yang baharu diperkenalkan adalah kepimpinan Quantum.

Kepimpinan Quantum adalah merupakan satu pendekatan kepimpinan yang menggabungkan prinsip daripada Quantum Physic untuk membimbing cara seseorang pemimpin berfikir, membuat keputusan dan berinteraksi dengan efektif dalam sesebuah organisasi.

Beberapa ciri penting yang diamalkan oleh pemimpin  dalam kepimpinan Quantum, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pemimpin Quantum mempunyai kesedaran tentang pelbagai perspektif, hasil yang berpotensi dan keupayaan untuk mengambilkira pelbagai kemungkinan semasa membuat keputusan.
  2. Pemimpin Quantum menyedari sifat saling berkaitan semua aspek organisasi dan persekitaran yang luas. Mereka memahami bagaimana keputusan atau tindakan yang diambil dalam satu bidang boleh memberi kesan kepada orang lain atau sesuatu sistem. Mereka mempertimbangkan implikasi yang lebih luas daripada keputusan mereka terhadap pelbagai pihak berkepentingan dan semua bahagian di dalam organisasi yang dipimpin.
  3. Pemimpin Quantum memahami bahawa tidak semua perkara boleh diramal dan mereka sentiasa terbuka kepada pemikiran tidak linear, kesesuaian dan ketidakpastian. Mereka boleh menyesuaikan diri dan terbuka kepada kemungkinan baharu, menerima ketidakpastian dan kekaburan.
  4. Pemimpin Quantum sentiasa meraikan perbezaan, selesa dengan percanggahan idea atau pendapat, memahami bahawa perbezaan idea boleh menggalakkan kreativiti, saling melengkapi dalam situasi yang kompleks dan kadangkala membawa kepada kebaikan kepada organisasi.
  5. Pemimpin Quantum menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan. Mereka percaya budaya bekerjasama adalah satu cara untuk memanfaatkan kecerdasan kolektif dan kreativiti seseorang individu dan sesebuah pasukan.
  6. Pemimpin Quantum menggalakkan inovasi dan kreativiti dengan memupuk persekitaran di mana idea baharu sentiasa dihargai dan setiap tindakan yang positif dan bermanfaat sentiasa disokong.
  7. Pemimpin Quantum selalu fleksibel dalam pemilihan gaya kepimpinannya kerana mereka sedar bahawa situasi yang berbeza mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza. Mereka tidak menetapkan kepada  pendekatan satu saiz untuk semua tetapi sebaliknya menyesuaikan strategi kepimpinan mereka mengikut keperluan.
  8. Pemimpin Quantum bijak membina dan menggalakkan daya tahan dalam kalangan pengikutnya untuk mengharungi perubahan dan kesukaran dengan berkesan demi kecemerlangan organisasi. Mereka memahami bahawa perubahan adalah berterusan, dan mereka mesti bersedia untuk menyesuaikan diri dan memimpin pasukan mereka melalui masa yang mencabar.

Secara ringkasnya, kepimpinan Quantum menggalakkan pemimpin untuk berfikir di luar model kepimpinan dan pengurusan tradisional, linear dan mekanistik. Ia juga menggalakkan pendekatan yang lebih holistik dan boleh disesuaikan dengan sifat persekitaran (khasnya dalam sesebuah perniagaan moden)  yang kompleks dan kerap mengalami perubahan.

 

 

Explore More