Mei 5, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 5 Ogos – Institusi Pembangunan Felo Universiti Teknologi Malaysia (IPF UTM) telah menganjurkan Bengkel Bersiri Pemantapan Penulisan Manuskrip bersempena penganjuran International Conference on Student Development 2023 (ICoSD 2023).

Inisiatif ini merangkumi Sesi Perkongsian Teknik Penulisan Manuskrip dan Klinik Semakan Penulisan/Manuskrip yang telah dijalankan, masing-masing pada 20 Julai (secara dalam talian) dan 4 Ogos (secara fizikal di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor).

Sesi Perkongsian Teknik Penulisan Manuskrip telah menampilkan Dr. Nurzal Effiyana binti Ghazali, Pengarah Center of Engineering Education (CEE) selaku penceramah dengan perkongsian bertajuk “Breaking Barriers: A Guide to Crafting Social Science Papers for Non-Social Science Scholars”.

Sesi Perkongsian Teknik Penulisan Manuskrip yang telah diadakan pada 20 Julai secara dalam talian.

Sementara itu, inisiatif Klinik Semakan Penulisan/Manuskrip dilihat telah membantu penulis-penulis yang telah menghantar kertas kerja mereka untuk menghasilkan manuskrip yang lebih berkualiti berdasarkan maklum balas penilai-penilai yang telah dilantik.

Klinik Semakan Penulisan/Manuskrip telah diadakan pada 4 Ogos di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor (KTC).

Penganjuran kedua-kedua inisiatif ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Penerbitan ICoSD 2023, diketuai oleh Dr. Nurzal Effiyana binti Ghazali dengan bantuan Ts. Mohd Hazri Bin Ishak, Dr. Mira Binti Panadi, Ts. Dr. Nur Fadilah Binti Darmansah, Dr. Nadirah binti Darus, Cik Hamizah Amalina Binti Amlan, dan Cik Siti Norhayati Binti Md Yassin.

Dengan adanya Bengkel Bersiri Pemantapan Penulisan ICoSD 2023, IPF UTM dan KPT mengharapkan penyertaan kertas-kertas kajian yang lebih berkualiti dari seluruh negara terutama dalam bidang pembangunan dan pemerkasaan pelajar.

Oleh: Siti Norhayati Md Yassin & Mohd Fadthul Ikmal Misnal

Explore More