Disember 19, 2024

PEMETA anjur majlis makan malam rai pelajar tahun akhir kejuruteraan geomatik

JOHOR BAHRU, 24 Jul. – Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Geomatik Gala Dinner 2023 untuk meraikan pelajar tahun akhir Kejuruteraan Geomatik di Hotel Sem9, Senai.

Geomatic Gala Dinner 2023 (GGD2023) merupakan acara yang sudah lama tidak diadakan lebih-lebih lagi apabila pandemik mula melanda negara sebelum ini.

Namun pada tahun ini GGD2023 telah dianjurkan semula oleh Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) dengan bantuan pensyarah-pensyarah Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU).

Acara ini adalah merupakan satu majlis apresiasi antara pensyarah dan pelajar,  dan paling utama adalah bagi sesi terakhir penasihat akademik dan anak-anak pelajar di bawah seliaan mereka sepanjang mereka menuntut ilmu di UTM umumnya.

GGD2023 ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Sr Dr. Abdullah Hisam Omar, Pengarah Institut Sultan Iskandar (ISI), dan beberapa orang pensyarah Kejuruteraan Geomatik antaranya Prof. Madya Sr Dr. Ami Hassan Md Din, Sr Dr. Othman Zainon, Sr Dr. Tan Liat Choon, Sr Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim, Dr. Wan Anom Wan Aris, Dr. Nurul Izzati Abd Karim dan Dr. Aimi Musa.

Program ini telah disertai oleh 48 orang pelajar tahun akhir dengan tema “Denim Outfit Night”.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan sesi ucapan oleh kedua-dua orang Penasihat Akademik bagi pelajar-pelajar tahun akhir ini iaitu Prof. Madya Sr Dr. Ami Hassan Md Din dan Dr. Wan Anom Wan Aris. Seterusnya, saudara Muhammad Aiman bin Rozaino dan Muhammad Zakwan Hafiz bin Zakaria, wakil pelajar bagi setiap Penasihat Akademik telah menyampaikan ucapan masing-masing.

Beberapa kategori pakaian mengikut tema terbaik telah diadakan semasa sesi GGD2023 ini di samping telah menobatkan saudara Ahmad Nabil Haziq bin Mahadi sebagai King Denim of the Night dan saudari Sarah Naqibah binti Alias sebagai Queen Denim of the Night.

Penganjuran GGD2023 ini bukan sekadar untuk berkumpul dan makan secara bersama antara pensyarah dan pelajar, tetapi ianya adalah satu simbolik penghargaan dan meraikan kejayaan para pelajar tahun akhir khususnya serta bagi memastikan hubungan pensyarah-pelajar dan penasihat akademik-anak akademik seliaan sentiasa terjalin hingga mereka bekerja kelak.

Oleh: Sr Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim

Explore More