Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Kejuruteraan Geomatik UTM tabur bakti di Kampung Parit Puteri Menangis

JOHOR BAHRU, 10 Jun – Pelajar Tahun Empat (4) Sarjana Muda Geomatik dengan Kepujian, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM telah menganjurkan program pembelajaran servis yang bertajuk “Falak Syarie: Menerapkan Ilmu Falak Untuk Kemaslahatan Ummah” dan “Kembali Bimasakti” di Kampung Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Program ini telah dijalankan selama tiga hari dua malam bermula 8 Jun hingga 10 Jun. Tujuan program ini adalah untuk melibatkan pelajar dengan aktiviti yang menjurus kepada komuniti, pada masa yang sama membantu membangunkan kemahiran akademik dan komitmen para pelajar terhadap pembangunan pengetahuan.

Objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengorganisasi maklumat berkait ilmu falak serta melakukan penambahbaikan berdasarkan aspek-aspek pembangunan pengetahuan ilmu falak.

Program ini melibatkan aktiviti perkongsian ilmu falak kepada masyarakat kampung supaya dapat menambah pengetahuan mereka berkaitan ilmu falak.

Seramai 30 orang peserta telah terlibat dengan program ini dan dibantu oleh seramai sepuluh orang fasilitator dalam kalangan pelajar UTM. Para pelajar UTM telah dibahagikan kepada lapan keluarga angkat sepanjang program berlangsung.

Keluarga angkat pelajar perempuan Kejuruteraan Geomatik.

Keluarga angkat pelajar lelaki Kejuruteraan Geomatik.

Program ini dimulakan dengan sesi pembahagian keluarga angkat pada petang 8 Jun 2023 dan diikuti dengan aktiviti tahlil dan majlis penerangan yang disampaikan oleh Dr Othman Bin Zainon kepada masyarakat kampung.

Majlis penerangan program oleh Dr Othman Bin Zainon.

Pada pagi 9 Jun 2023 pula diadakan program perkongsian ilmu mengenai ilmu falak dan arah kiblat serta demontrasi penandaan arah kiblat kepada peserta.

Sebelah petang 9 Jun 2023 pula telah dijalankan semakan arah kiblat di rumah keluarga angkat dan rumah penduduk yang telah menjadi peserta program perkongsian ilmu.

Seterusnya pada sebelah malam pula telah diadakan pertandingan futsal persahabatan di antara pelajar UTM dengan masyarakat kampung.

Perkongsian ilmu falak dan isu penandaan arah kiblat oleh wakil pelajar.
Penerangan berkenaan penandaan arah kiblat kepada peserta program.
Pelajar sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta.
Pelajar sedang menunjukkan cara menanda arah kiblat pada kertas kompas.
Pelajar sedang menerangkan penggunaan jadual kompas matahari kepada peserta.
Pelajar sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta kaedah penandaan arah kiblat menggunakan kaedah kompas matahari.
Pelajar sedang memberi penerangan bagaimana kaedah menentukan arah kiblat menggunakan pokok.
Pelajar sedang membuat penandaan arah kiblat di rumah keluarga angkat.
Pelajar telah mempraktikan apa yang telah mereka pelajari di bilik kuliah.
Pelajar sedang menyemak dan menanda arah kiblat.
Pelajar telah membuat penandaan di rumah keluarga angkat.
Pelajar turut menyemak dan menanda arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Puteri Menangis.
Pertandingan futsal persahabatan antara pelajar UTM dengan masyarakat kampung.

Akhirnya pada pagi 10 Jun 2023 pula telah diadakan aktiviti uji minda secara individu dan berkumpulan di mana telah disertai 20 orang peserta kanak-kanak dan remaja.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti dam angkasa, gentic phone, radio rosak dan cantum puzzle buruj.

Aktiviti Uji Minda yang pertama iaitu Dam Angkasa.
Peserta sedang diuji minda berkaitan dengan angkasa.
Peserta yang terlibat dengan Gentic Phone.
Para pemenang permainan Gentic Phone.
Peserta sedang berfikir untuk menyiapkan puzzle buruj masing-masing.
Peserta sedang melaksanakan tugasan dalam permainan radio rosak.
Aktiviti radio rosak menguji minda peserta untuk menghafal ayat yang diberikan.

Bak kata-kata Saiyyidina Ali Bin Abi Talib “Ilmu akan menghidupkan jiwa”. Justeru, program ini menerapkan unsur ketiga dan keempat Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu good health and wellbeing dan quality education yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu falak dalam diri masyarakat kampung agar sentiasa untuk menuntut ilmu dan sentiasa kekal dengan kesihatan yang baik dan sentiasa sihat melalui sukan.

Program ini diharapkan dapat mendedahkan masyarakat untuk terus meneroka ilmu falak ini dan mencari keunikannya. Agar ilmu falak sentiasa dalam radar ilmu pengetahuan di sepanjang hayat mereka.

Program ini secara keseluruhannya telah mendapat sambutan yang meriah serta maklum balas yang baik daripada masyarakat kampung.

Program ini dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara UTM dengan masyarakat kampung Parit Puteri Menangis Ayer Baloi, sekaligus mempromosikan UTM sebagai salah satu institusi pengajian yang menjadi pilihan masyarakat Ayer Baloi.

Di samping itu, para pelajar UTM pula mampu meningkatkan lagi kemahiran komunikasi serta kerja berpasukan selaras dengan ‘UTM Graduates Student Attributes’ khususnya bagi para pelajar Kejuruteraan Geomatik di Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Pihak penganjur juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada UTM iLeague dan Fakulti Alam Bina dan Ukur yang telah menyumbang dana bagi pelajar menjayakan program ini.

Explore More