Disember 22, 2024

Inisiatif ‘Caring Cabinet’ ringankan kos sara hidup penghuni KTHO

Oleh: Muhamad Amir Faris Bin Mohd Badaruddin (JKM KTHO) & Siti Nur Fatin Hakimah Binti Ibnuzaman (penyunting)

JOHOR BAHRU, 9 Mac – Inisiatif ‘Caring Cabinet’ telah dijalankan sebagai satu program di bawah konteks kebajikan warga Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Majlis Felo Merbauan (MAFAN) dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) sebagai salah satu inisiatif dari Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan bagi membantu pelajar yang memerlukan dengan menyediakan makanan tidak mudah rosak dan keperluan harian di samping meringankan beban pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Selain itu, program ini juga dapat mendidik para pelajar untuk menderma kepada orang lain yang memerlukan justeru dapat mengeratkan silaturahim antara semua warga KTHO.

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan serta Rakan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan yang terlibat telah bergilir-gilir dalam usaha mengisi semula makanan dan keperluan harian di ‘caring cabinet’ mengikut jadual yang telah disediakan. 

Antara keperluan yang disediakan di ‘caring cabinet’ termasuk makanan kering berupa biskut, sardin, mi segera, air kotak dan air mineral. Di samping itu, keperluan penjagaan diri seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju dan shampoo turut disediakan.

‘Caring Cabinet’ pada 16 Disember 2022
Pengisian semula buat kali ke-2 ‘Caring Cabinet’ pada 30 Disember 2022
Penyusunan kali ke-3 ‘Caring Cabinet’ pada 13 Januari 2023
‘Caring Cabinet’ yang diisi buat kali ke-4 pada 27 Januari 2023
‘Caring Cabinet’ yang sudah dipenuhkan pada 10 Februari 2023

Diharapkan agar inisiatif yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan ini dapat membantu dan meringankan beban para penghuni KTHO dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Explore More