Penganjuran Minggu Integriti 2022/2023 bagi pelajar Semester 1 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor diharap dapat memberikan pendedahan kepada orang ramai khususnya pelajar mengenai prinsip integriti selain implikasi buruk yang terhasil akibat jenayah rasuah.
Justeru, rakyat di negara ini perlu sentiasa bekerjasama dengan pihak berwajib dalam usaha membanteras jenayah rasuah daripada terus berleluasa.
Pendedahan itu juga diharap dapat memberikan kesedaran kepada semua pihak untuk terus memerangi rasuah.
Sumber : Sinar Harian – 22 Disember 2022