Jun 26, 2024

Search
Close this search box.

Sports Synergy Carnival Tonjol Semangat Kesukanan dan Kebersamaan Empat Universiti Awam Lembah Klang

Sports Synergy Carnival merupakan Kejohanan Sukan Empat Penjuru yang melibatkan empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di kawasan Lembah Klang. Kejohanan ini adalah julung kali diadakan pada tahun ini bagi menyambut dan memeriahkan lagi sambutan 50 tahun penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Gurney Bow Residensi UTM Kuala Lumpur

Antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat ialah Universiti Malaya, Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Sementara itu, penyertaan UTM KL Sportrec termasuk pelajar dan staf telah diadakan pada minggu pertama bulan Jun 2022 pada hari sabtu dan minggu kedua bagi perlawanan di antara staf.

Padang Bola Sepak UPNM
Stadium tertutup Universiti Malaya
Keputusan penuh Sports Synergy Carnival kategori pelajar dan staf

Antara sukan yang dipertandingkan sepanjang karnival berlangsung adalah bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton dan tenpin boling. Bagi meraikan semangat kerjasama dan sinergi antara IPTA terlibat, lokasi-lokasi pertandingan turut melibatkan keempat-empat IPTA tersebut. Gurney Bow, Residensi UTMKL digunakan untuk acara tenpin boling. Sementara itu, acara bola sepak pula dilangsungkan di UPNM. UM dan UIAM turut terlibat menjadi lokasi bagi acara bola jaring, bola tampar dan badminton.

Majlis penutup karnival sukan bersepadu ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu  pada hari Ahad 3 Julai 2022 di Dewan Utama Residensi UTM Kuala Lumpur.

Explore More