KUALA LUMPUR, 21 Apr — Persatuan Mahasiswa Sains Komputer(COMSTAR) dan E-SPort Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim Pusat Jagaan Telaga Kasih pada tarikh 21hb April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443 Hijrah.
Bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid, program diadakan penuh sederhana dan diketuai oleh Pengarah program saudara Muhammad Ezzat Haziq bin Elhan, dan ahli jawatankuasa dari COMSTAR dan E-Sport UTM Kuala Lumpur.
Program ini dijalankan secara sinergi bagi mewujudkan kerjasama antara dua buah persatuan di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar dan komuniti luar.
Sumbangan duit raya telah disampaikan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin Haji Abu kepada semua anak yatim yang hadir pada Majlis berbuka puasa tersebut.
Kehadiran anak yatim tersebut telah memberi impak dari sudut nilai moral dan sahsiah kepada pelajar itu sendiri.
Pusat Jagaan Telaga Kasih turut berbesar hati dengan sambutan sederhana yang diberikan oleh pihak pelajar, secara tidak langsung memberikan motivasi yang tinggi kepada anak yatim tersebut untuk menimba ilmu sehingga ke peringkat Universiti.
Secara keseluruhannya program ini telah berjaya menerapkan sifat belas kasihan sesama manusia dan memberi pendedahan kepada pelajar sebagai pemimpin di masa hadapan.
Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bersumber dari Sahl bin Sa’ad bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, “Saya yang menanggung (memelihara) anak yatim dengan baik ada di surga bagaikan ini, seraya Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Beliau rentangkan kedua kaki jarinya itu” (H.R. Bukhari).
Follow kami di media sosial instagram
@Heputmkl
@comstar.utmkl