HULU LANGAT, 20 April – Selaras dengan inisiatif UTM Prihatin, Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) UTM Kuala Lumpur buat julung kali menganjurkan Majlis Infaq Ramadan@Makmal Komuniti Hulu Langat: Program Penyampaian Bakul Makanan pada hari Rabu, 20 April 2022 bertempat di Dewan Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Dalam program tanggungjawab sosial universiti (USR) berkenaan, UTM iLeaGue mengagihkan sebanyak 55 bakul makanan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal di sekitar kawasan Dusun Tua, Hulu Langat.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh yang turut disaksikan oleh Pengerusi UTM iLeaGue, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.
Hadir bersama dalam majlis ini ialah Pengarah UTM iLeaGue UTM Kuala Lumpur, Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar Minghat dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Encik Mohamad Hafiz Mohamad Nasir.
Program ini bertujuan menyantuni masyarakat di sekitar mukim Hulu Langat disamping mengeratkan silaturrahim antara UTM dengan komuniti setempat. Ia juga merupakan salah satu aktiviti bagi projek pembangunan makmal komuniti.
Wakil dari UTM yang turut terlibat dalam majlis ini adalah Dr. Rasheed Mohamed Kutty, Puan Nurul Diana Kayat, Encik Hasanuddin Othman, Encik Abd Muttalib Samad, Cik Aqilah Abdul Safi, Encik Mohd Faris Omar, Encik Mohamad Rosli Mohamad Nazer.
Turut hadir, Encik Nor Akmal Nordin (Penghulu Mukim Cheras) dan Encik Md. Gadapi Ahmad Harmain (Ketua Kampung Kg. Batu 16 Dusun Tua).
Semoga dengan sumbangan kecil ini memberi sinar keceriaan dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.