November 5, 2024

Search
Close this search box.

SKUDAI, 9 Mac – Kelab The Institution of Engineering and Technology (IET) On Campus, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melaksanakan program School’s Out Academy (SOA) untuk pertama kalinya.

Program ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula dari 9 Mac 2022 sehingga 12 Mac 2022.

SOA telah dirasmikan oleh Prof Dr. Shamsul Bin Sahibuddin (TNC HEP) dan Dr. Ivan Ling Ting Yang (Chairman IET YPS Malaysia)

School’s Out Academy (SOA) melibatkan kolaborasi bersama sebanyak 6 universiti di Malaysia. Kolaborasi ini terdiri daripada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mahsa Universiti dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Menurut Cik Ng Ying Shan, Pengarah Program School’s Out Academy, program ini diadakan untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar-pelajar institusi yang terlibat dalam menghasilkan inovasi bagi setiap pernyataan masalah yang diberikan.

“Program SOA juga turut menyediakan beberapa siri ceramah untuk para peserta yang terlibat seperti Design Thinking, Idea Pitching Skills dan How to Win Competition.

Diyakini, siri ceramah ini dapat membantu peserta menghasilkan idea-idea berinovasi yang memenuhi kehendak industri serta dapat dimanfaatkan untuk jangka masa yang panjang.

Kami juga yakin bahawa idea inovasi daripada para peserta mampu membantu serba sedikit dalam menyelesaikan masalah industri. Selain itu, sesi perkongsian bersama pensyarah penasihat juga turut diadakan berkaitan Projek Capstone,” kata beliau.

Dengan mengambilkira keadaan negara yang dilanda pandemik, program ini dijalankan secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang jangkitan Covid-19 dalam kalangan peserta.

Maka, ia sudah tentu menjadi satu cabaran kepada kru program untuk menggunakan platform yang terbaik supaya para pelajar dapat memahami serta mendalami intipati aktiviti yang dijalankan.

Program ini turut mendapat bimbingan dan nasihat Ts. Dr. Rashidah Arsat dan Prof. Madya Dr. Leow Pei Ling sebagai penasihat program serta tiga orang penasihat pelajar, iaitu Azira Natasha Binti Abu Yamin, Azira Binti Ahmad dan Muhammad Faidzal Bin Mohamad Rasol.

Antara peserta program School’s Out Academy

Program yang dihadiri oleh seramai 101 pelajar turut dimeriahkan dengan kehadiran alumni UTM yang sudi meluangkan masa untuk memberi motivasi serta berkongsi idea dan pengalaman bersama para pelajar.

Pelajar-pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk mengajukan pelbagai soalan kepada para alumni untuk berkongsi pendapat serta pandangan masing-masing.

Dr. Fatimah Khairiah BT ABD Hamid, Mr. Jong Ee Jeoung dan Mr. Muhammad Harith Marzuqi yang merupakan alumni UTM dan dua moderator, iaitu Victoria dan Soon Jik Long, telah dijemput ke slot Alumni Sharing Talk – Seniors On Air

Ng Ying Shan turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Inspedia, UTM dan IET Malaysia atas sumbangan dan sokongan mereka terhadap program ini.

“Tidak lupa kepada kru program kerana telah bersama-sama membanting tulang untuk menjayakan program ini walau tidak pernah sekalipun berjumpa antara sesama sendiri.

Setiap ahli jawatankuasa sangat bersungguh dan dedikasi dalam bidang tugas masing-masing dan diharapkan program sebegini akan kembali dengan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar,” katanya lagi.

Pembentangan idea pada hari keempat

Explore More