April 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 5 Jan – Staf Seksyen Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyumbang bantuan kepada mangsa banjir melalui Kelab Kebajikan Staf Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEKMAH).

Sesi penyampaian telah berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam UTM kampus Johor Bahru dengan kesemua bantuan telah disampaikan oleh Penaung HEKMAH yang juga Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Ts Dr Dayana Farzeeha Ali.

Dr Dayana yang ditemui selepas majlis penyerahan bantuan itu berkata sebanyak RM600.00 telah diperuntukkan untuk membeli keperluan tersebut.

Menurut beliau, walaupun tidak seberapa tetapi sedikit sebanyak ia akan dapat meringankan bebanan mangsa yang terkesan akibat fenomena banjir ini.

Bantuan yang dihulurkan adalah berbentuk makanan seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, sardin, kicap, sos cili, garam, gula pasir, susu pekat, minuman Milo dan juga biskut.

Selain membantu membungkus barangan makanan sumbangan HEKMAH, staf HEK juga terlibat sama dalam membantu Pusat Islam membungkus dan menyiapkan pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Turut hadir ialah Penasihat HEKMAH, Rohaizan Khairul Anwar dan beberapa pentadbir Pusat Islam UTM.

Dr Dayana (dua kanan) menyerahkan sumbangan makanan kepada salah seorang dari penerima.

Kakitangan HEK bergotong royong memuatnaik barangan sumbangan mangsa banjir ke dalam kenderaan untuk dibawa ke tempat agihan di Pusat Islam UTM
Antara barangan keperluan mangsa banjir yang telah siap dibungkus dalam kotak.

Explore More