Oleh : Nurlisa Fatihah binti Rahmad dan Ili Ruwaida Binti Md Yusof
JOHOR BAHRU, 18 Mac — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraikan kecemerlangan mahasiswanya bagi tahun 2020 melalui Majlis Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) di Dewan Banquet, di sini.
Anugerah ini diadakan untuk meraikan kejayaan mahasiswa dalam penglibatan program sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan telah mencatatkan penglibatan yang cemerlang serta mengharumkan nama universiti.
GEMA dianjurkan adalah untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam melaksanakan aktiviti secara sistematik yang memberi kesan kepada negara, organisasi, masyarakat dan individu.
Ianya adalah terbuka kepada semua pelajar tempatan dan antarabangsa di peringkat pra-siswazah, pasca-siswazah serta staf UTM. Untuk kali ini, sebanyak 30 kategori anugerah dipertandingkan dan telah menerima sebanyak 488 penyertaan telah diterima dan hanya 69 orang sahaja yang layak untuk ke peringkat seterusnya. Panel penilai pula terdiri daripada staf dari pelbagai Jabatan dalam UTM (kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur).
Selain itu, melalui acara ini persatuan, kelab, JKM dan mahasiswa dapat terus berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan.
Berikutan dengan penularan wabak COVID19, program ini diadakan secara dalam talian dan lintas langsung dari Dewan Banquet UTM dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Dengan menggunakan #gema2020, program ini merupakan platform atau batu loncatan bagi para pelajar untuk bertanding dalam Anugerah Tokoh Siswa (ATS) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selain itu, Majlis GEMA ini turut meraikan kakitangan UTM yang holistik dan banyak menyumbang kepada pembangunan UTM.
Anugerah utama yang dipertandingkan adalah Anugerah Naib Canselor (ANC) dan telah dimenangi oleh saudara Muhammad Amirul Hakim bin Zulhibri dari Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur.
Saudara Muhammad Amirul Hakim telah membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi berserta sijil. Selain itu, beliau berjaya merangkul 3 lagi anugerah di dalam GEMA iaitu Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman, Anugerah JKM Terbaik dan Anugerah Bakti Gemilang. Kejayaan ini membuktikan bahawa saudara Amirul Hakim mempunyai kredibiliti dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin di universiti.
Muhammad Amirul Hakim ketika dihubungi melahirkan rasa bersyukur atas kemenangan beliau.
“Alhamdulillah, pertamanya saya nak merakaman penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang selalu menyokong saya, seterusnya keluarga saya, pihak UTM secara umumnya, Pengetua dan Majlis Felo KSJ yang memberi kepercayaan kepada saya, pihak HEP UTMKL, pasukan JKM saya, pasukan program-program saya, pegawai-pegawai UTM dan pensyarah saya, rakan-rakan yang selalu ada bersama saya di kala susah dan senang.
Perjalanan saya bermula dari bawah, sama sahaja seperti yang lain. Saya mulakan perjalanan dengan menjadi krew Multimedia sebelum menjadi Ketua Unit Multimedia untuk beberapa program.
Saya juga merupakan ERT di KSJ Seterusnya saya diberikan kepercayaan menerajui JKM KSJ sebagai Pengerusi. Sewaktu PKP 1.0, saya menjadi Timbalan Pengarah 1 dan terlibat secara langsung dalam operasi Bring Students Home. Saya juga telah dilantik menjadi Ketua Unit Portal bagi Minggu Mesra Mahasiswa yang mana pasukan saya berjaya membangunkan laman web 3M sebanyak lebih kurang 90 halaman dalam masa 5 hari sahaja.
Sepanjang menjadi Pengerusi JKM KSJ, banyak perkara yang telah saya lalui, banyak pengalaman yang saya timba dengan bimbingan Pengetua dan felo KSJ.
Bukan semua yang saya lalui ini indah belaka, namun saya percaya bahawa setiap kali kita jatuh, kita perlu bangkit dan menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Saya benar-benar berterima kasih kepada yang sentiasa ada bersama saya terutamanya ketika saya jatuh.
Saya tidak pernah sangka bahawa saya akan menerima Anugerah Naib Canselor ini di samping 3 anugerah yang lain. Saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk KSJ. Tidak pernah saya fikir saya lakukan semua ini untuk mengejar anugerah-anugerah yang ada. Saya percaya bahawa kejayaan ini akan datang jika kita melakukan kerja dengan sepenuh hati.
Seterusnya, kerjasama pasukan amatlah penting termasuklah antara pelajar dan pegawai universiti. Saya percaya bahawa semua ini adalah hasil titik peluh kesemua individu yang ada bersama saya. Saya tidak akan berada di sini jika tiada nama-nama yang saya sebutkan tadi,” akhiri beliau.
Syabas dan tahniah kepada semua calon dan pemenang GEMA2020.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Penaja Utama iaitu Edifier Malaysia, Penaja Bersama iaitu UTMAlumni, JTNCPI, Majlis Pengetua, UTMi, UTMCC, 5 Excellence Tracks Programme, Oh My Bunda, Mr Bike, Restoran Kacang Pool Haji Larkin, Bubur No 1, NZ Crunchies, Skyscape JB, Malaysian Youth Community serta Rakan Kolaborasi iaitu UTMLEAD, UTMDigital, HEK, Kluster Perkhidmatan, Unit Landskap JHB, Pasukan Persembahan yang terdiri dari kumpulan pelajar, staf JTNCHEP, UTMCC, Pej Bendahari dan FABU.
Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut: