Disember 26, 2024

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa ke hadapan bukan sahaja dalam bidang akademik yang dipelajari malah dalam bidang lain.

Ini menunjukkan universiti sangat komited dalam melahirkan graduan serba boleh bukan sahaja dari segi akademik malah pembangunan sahsiah dan ketrampilan pelajar.

Ini dibuktikan apabila dua orang pelajar UTM, Umar Qayyum bin Mohd Farid dari Fakulti Kejuruteraan dan Muhammad Amin bin Mohd Rosli dari Fakulti Sains telah berjaya ke Majlis Perujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor 1442H/2021M.

Umar Qayyum bin Mohd Farid berjaya terpilih dalam kategori 1 hingga 10 juzuk manakala Muhammad Amin bin Mohd Rosli dalam kategori 1 hingga 30 juzuk beserta tafsir.

Kedua-dua pelajar ini akan bertanding di peringkat negeri bersama empat lagi finalis lain setelah mencatatkan kejayaan di peringkat zon dan daerah.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha universiti untuk menggalakkan pelajar agar cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah pembangunan sahsiah dan ketrampilan pelajar.

Tahniah dan selamat berjaya diucapkan.

Explore More