April 20, 2024

Search
Close this search box.

Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 Anjuran Pejabat HEP UTMKL

Bersempena dengan tema ”Malaysia Prihatin”, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menganjurkan program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar pada 9 September 2020 (Rabu) di kawasan sekitar dataran Menara Razak dan Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.

Program tersebut di bahagikan kepada dua bahagian, iaitu secara fizikal dan secara dalam talian. Program yang diatur secara fizikal bermula pada 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta kontigen perarakan dan seterusnya dengan acara penyerahan bendera Malaysia oleh Ketua Kontigen Berbasikal Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul bin Sarip kepada Pro Naib Canselor UTMKL, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin. Acara turut diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik.

Pro Naib Canselor telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 yang diikuti dengan acara perarakan. Acara perarakan tersebut telah dimulakan oleh pasukan kontijen Persatuan Alumni UTM (PAUTM) dan Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM).

Acara perarakan tersebut kemudiannya diteruskan oleh penglibatan kontijen Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), para pelajar UTMKL, Pejabat Pendaftar dan gabungan fakulti dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE), dan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS).

Kontijen pelajar UTM Kuala Lumpur yang menyertai acara perarakan

Selepas acara perarakan berakhir, peserta kontijen diraikan dengan persembahan pantomime dari pelajar. Persembahan yang berdurasi 10 minit tersebut digabungkan dengan penyampaian sajak oleh Muhammad Hadi bin Rosli (pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UTMSPACE) dan persembahan lakonan oleh Liana binti Mohd Saleh (pelajar Diploma Pengurusan Teknologi).

Program secara dalam talian iaitu melalui laman sesawang You Tube HEPTV UTMKL telah bermula pada jam 2.30 petang. Tayangan secara langsung tersebut berupa perkongsian ilmu bersama Prof. Tan Sri Dato’ (Dr) Ir Jamilus Hussein iaitu Presiden Persatuan Alumni UTM.

Perkongsian bermanfaat kepada pelajar melalui Youtube HEPTV UTMKL

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTMKL juga telah menganjurkan Pertandingan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada pelajar-pelajar. Pertandingan tersebut memerlukan pelajar untuk merakam video berdurasi tiga minit bagi tiga jenis persembahan iaitu sajak, nyanyian dan video bertemakan ‘Tokoh Pejuang Kemerdekaan”. Pertandingan tersebut telah membuka ruang inovasi dan kreativiti kepada pelajar tidak kira di mana mereka berada.

Pemenang Pertandingan Video berdurasi 3 minit bertemakan Sajak Cintaku di Malaysia.

Acara penutup oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTMKL juga telah diadakan secara dalam talian. Program dalam talian tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.

Kontijen HEP UTMKL yang menyertai perbarisan.

 

 

Explore More