Kenyataan Media Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKAUTM)
1) Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKAUTM) ingin merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid bin Omar yang telah merajui UTM selama tujuh (7) tahun sebagai Naib Canselor UTM yang ke-6.
2) Warga akademik serta seluruh warga UTM amat menyanjung tinggi atas kesungguhan dan pengorbanan YBhg. Datuk dalam memberi sepenuh komitmen kepada UTM dalam melaksanakan pelbagai agenda strategik menjadikan UTM sebagai institusi pengajian tinggi yang tersohor di peringkat global berdasarkan visi dan misi UTM.
3) Di kesempatan ini juga, PKAUTM ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail yang dilantik menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTM.
4) Warga akademik mengharapkan agar kepimpinan baru akan membina satu pasukan yang mantap berpaksikan nilai teras UTM iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian. Semoga UTM akan terus cemerlang ke hadapan di bawah kepimpinan baru.
“Kerana Tuhan Untuk Manusia”
Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam
Yang Dipertua
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Teknologi Malaysia