November 22, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM Santuni Saudara Rohingya

Pada 23 November  2019 bersamaan hari Sabtu, Kelab Iqra dengan kerjasama MyCare dan Kelab Hikmah Kolej Tun Hussein Onn telah mengadakan Program Qardan Hasanah bersama kanak-kanak Rohingya bertempat di My Care Centre For Rohingya Education, Kulai, Johor.

Seramai 45 orang sukarelawan termasuk ahli jawatankuasa Kelab Iqra’ dan Kelab Hikmah telah menyertai program ini.

Program ini telah melibatkan kanak-kanak Rohingya dalam lingkungan 5-15 tahun. Program ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan pengarah program seterusnya sesi perkenalan antara fasi dan penduduk di pusat itu yang merupakan pelarian Rohingya.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menyumbang serta menambah baik sekolah kanak-kanak Rohingya di samping merapatkan ukhwah antara saudara Rohingya dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Tambahan pula, program ini bertujuan untuk memperkasakan jati diri mahasiswa dengan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang berbentuk libatsama komuniti dalam melahirkan graduan yang mempunyai sifat kepimpinan yang peka terhadap isu masyarakat dan ummah.

                 

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa hari kejadian. Antaranya adalah kepentingan menggosok gigi, mewarna, mengecat sekolah, merewang, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pembelajaran mengenai adab-adab dalam Islam.

Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar kerana semua sukarelawan telah memberikan kerjasama yang sebaiknya malah kanak-kanak Rohingya sangat peramah dan mudah untuk diuruskan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi makan bertalam bersama kanak-kanak Rohingya.

Akhir kata, program ini amat bermakna kerana merupakan salah satu wasilah untuk mahasiswa membuka mata lebih luas serta lebih sensitif terhadap isu ummah. Objektif program ini telah tercapai dan para sukarelawan serta pihak Rohingya telah memberikan maklum balas yang baik mengenai program ini.

                       

 

Explore More