Disember 26, 2024

Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor  telah menganjurkan Program Kembara STEM pada 10 Oktober 2018 yang lalu.

Program yang berlangsung itu melibatkan 100 orang pelajar daripada 25 buah sekolah menengah di negeri Johor.

Objektif program yang dianjurkan ini adalah bagi membantu mengukuhkan minat pelajar terhadap STEM dalam kehidupan seharian.

Program Kembara STEM ini adalah sebuah program berbentuk pertandingan eksplorasi melibatkan 5 perhentian iaitu Young Botanist, Journey to Galaxy, Hot Air Baloon, Catapult, dan Baymax.

Pelajar menyelesaikan tugasan di Hentian “Young Botanist”
Aktiviti di Hentian “Hot Air Baloon”

 

Setiap sekolah diwakili oleh empat orang pelajar dalam satu kumpulan. Pelajar perlu menyelesaikan aktiviti yang disediakan pada setiap perhentian dan akan diberikan markah. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan aktiviti pada kelima-lima perhentian dan mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

Pelajar menggunakan teknologi Augmented Reality di Hentian “Journey to Galaxy”
Pelajar perlu menggunakan asas pengetahuan STEM bagi menyelesaikan tugasan di Hentian “Catapult”

Keputusan pertandingan bagi Program ini adalah sebagaimana berikut

  1. Tempat pertama : SMK Tun Habab, Kota Tinggi
  2. Tempat kedua : SMK Seri Gading, Batu Pahat
  3. Tempat ketiga : Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Majlis penutup Program Kembara STEM UTM-JPNJ 2018

Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Perhubungan Kemanusiaan, JPNJ mewakil Pengarah JPNJ. Tahniah diucapkan buat semua peserta.

Semoga program Kembara STEM ini dapat diteruskan pada tahun hadapan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mengukuhkan pendidikan STEM di Malaysia.

Explore More