Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 23 Okt.– Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima dana endowmen dan penyelidikan sebanyak RM2 juta daripada syarikat pengendali restoran makan segera terkenal Malaysia KFC, QSR Holdings (M) Holdings Berhad.

Sumbangan itu diperolehi melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah ditandatangi antara kedua belah pihak di Dewan Jamuan, Bangunan Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru di awal petang hari ini.

Menerusi perjanjian tersebut, QSR bakal menyalurkan dana sumbangan kepada Tabung Endowmen UTM yang bakal ditempatkan di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) UTM Kuala Lumpur.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar.

Hadir bercemar duli pada majlis berkenaan ialah Canselor UTM, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

Naib Canselor itu dalam ucapannya berkata dana itu akan digunakan untuk mewujudkan Kursi Syed Naquib Al-Attas di CASIS UTM Kuala Lumpur.

CASIS yang ditubuhkan pada tahun 2011 merupakan sebuah entiti akademik di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM.

Pusat Kecemerlangan ini mempunyai kepakaran dan pengkhususan yang amat berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa meliputi pelbagai bidang seperti Falsafah, Sains, Sejarah, Pendidikan, Pembangunan dengan keseluruhannya berteraskan Pandangan Alam Islam.

“Penubuhan Kursi ini adalah bagi memperkasa bidang penyelidikan dan akademik serta menggalakkan perkongsian kepakaran, sumber manusia dan idea diantara institusi pendidikan tinggi, industri dan masyarakat.

“Jesteru, pemberian dana endowmen ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membiayai aktiviti penyelidikan, penyebaran ilmu dan pemerkasaan penerbitan sekaligus secara langsung akan mampu menjadikan CASIS lebih cemerlang di masa hadapan,” katanya.

Sejak penubuhannya, CASIS telah berjaya melahirkan seramai 23 orang graduan Pasca Ijazah, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kini mempunyai seramai 80 orang pelajar termasuk pelajar antarabangsa yang berasal dari Amerika Syarikat, Singapura, China, Serbia, Guyana, Nigeria, Thailand dan Indonesia.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zainuddin Abd. Manan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Naib Canselor menyambut ketibaan Canselor UTM
DYMM Raja Zarith Sofiah (tiga kiri) bersama dengan Pengerusi QSR Brands, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim (kiri sekali) dan Naib Canselor UTM, Prof. Wahid Omar (dua kanan) selepas majlis menandatangani MoA UTM-QSR di UTM Johor Bahru.

 

 

Wakil dari UTM dan QSR bersama Canselor UTM

 

 

 

Explore More