November 24, 2024

Search
Close this search box.

Konvo UTM ke-60: Kecacatan tidak halang perolehi ijazah

JOHOR BAHRU, 29 April 2018 – Kecacatan fizikal tidak pernah membantutkan azam untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti bagi memperolehi ijazah dalam bidang yang diminati.

Wan Qatrunnada hadir untuk menerima ijazah di Majlis Konvokesyen UTM ke-60.

Bagi Wan Qatrunnada Wan Zabidi, lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2010 tidak pernah mematahkan semangatnya, sebaliknya membakar semangatnya bagi memburu kejayaan.

“Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada  November 2010 ketika berada di tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar (PUO).

“Akibat kemalangan itu saya mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang yang menyebabkan saya lumpuh separuh badan,” katanya.

Beliau berkata, menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) di UTM bukanlah  sesuatu yang sukar kerana persekitaran universiti ini adalah mesra OKU.

“Saya tidak pernah merasakan susah kerana UTM menyediakan pelbagai kemudahan untuk OKU di asrama, fakulti, makmal dan perpustakaan.

“Selain itu, rakan-rakan sekuliah juga banyak membantu menyebabkan saya tidak merasa sukar untuk melanjutkan pengajian di UTM,” katanya.

Wan Qatrunnada menasihatkan mereka yang senasib dengannya agar tidak menjadikan kecatatan sebagai penghalang dalam mengejar impian .

 

Explore More