November 18, 2024

Search
Close this search box.

Program Libatsama UTM 2015 rapatkan jurang hubungan universiti-komuniti

JOHOR BAHRU, 12 Mei 2015 – Pusat Jaringan Komuniti Industri (CCIN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Hari Libatsama UTM 2015 bertempat di Taman Tropika.
Pengarah CCIN, Prof. Madya Dr. Nur Naha Abu Mansor, berkata program sehari itu diadakan bagi membuka pintu kepada komuniti luar kampus seperti sekolah, agensi kerajaan, rakan kerjasama dan badan bukan kerajaan (NGO) menyahut seruan kerajaan untuk merapatkan jurang antara universiti dan masyarakat sekitar.

Pelbagai program nenarik diadakan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, dan ceramah kesihatan, demonstrasi membuat kraftangan tempatan dari bahan terbuang, permainan tradisional, penjualan produk makanan ringan, makanan dari luar negara oleh pelajar dari Korea, Palestin, Bangladesh, Nigeria dan Indonesia.

Selain jualan makanan, pelajar dari luar negara turut memakai busana tradisi mereka sebagai tarikan kepada pengunjung.

Program ini dianjurkan sempena University President Forum (UPF) 2015 yang dihoskan secara tahunan oleh UTM, Peserta yang hadir dibawa ke Rumah Tropika  bagi menikmati jamuah teh sebagai simbol pembukaan acara berkenaan.

“Delegasi telah dihiburkan dengan beberapa persembahan bercorak tradisional Melayu seperti paluan kompang, adat istiadat perkahwinan Melayu, bunga manggar, pencak silat, tarian zapin, acara tepung tawar pengantin dan seterusnya dibawa melihat industri pembuatan kraftangan tempatan,” katanya.

 

Peserta UPF 2015 mencuba menepung tawar pengantin mengikut kebudayaan Melayu.
Peserta UPF 2015 mencuba menepung tawar pengantin mengikut kebudayaan Melayu.

Explore More