November 23, 2024

Search
Close this search box.

15 agensi tandatangan MoU penjagaan alam sekitar dengan UTM dan JAS

JOHOR BAHRU, 24 April – Sebanyak 15 agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai tanda persefahaman penjagaan alam sekitar.
MoU tersebut telah ditandatangani sempena dengan pelancaran Hari Bumi dan Pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Negeri Johor 2014 di UTM Johor Bahru dengan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Haji Ayub Haji Rahmat.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman.
UTM merupakan rakan pintar kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor setelah satu MoU mengenai persefahaman penjagaan alam sekitar ditandatangani pada Oktober 2013.
Sebanyak 17 agensi kerajaan dan swasta telah menandatangani persefahaman ini pada 2013 bagi memperluaskan jaringan kerjasama khususnya berkaitan kesedaraan alam sekitar.
Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan sempena dengan Hari Bumi dan Pelancaran Rakan Alam Sekitar ini iaitu Perlantikan Kapten RAS seramai 32 orang dari 16 IPT di sekitar negeri Johor, Sesi Penanaman Pokok oleh wakil peserta, Persembahan Muzikal Mesra Alam dan juga sesi Berbasikal sejauh 3 kilometer.
Program Hari Bumi ini disambut secara tahunan di seluruh Malaysia oleh JAS dalam usaha meneruskan kempen kesedaran terhadap masyarakat setempat dan ahli RAS yang telah mencapai bilangan 159,000 orang seluruh negara.
Negeri Johor merekodkan jumlah penyertaan sebanyak 14,700 ahli RAS setakat ini.

Prof. Azlan Abdul Rahman (empat kiri) dan Haji Ayub Rahmat bersama dengan 15 agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada majlis Pelancara Hari Bumi dan Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2014 di UTM Johor Bahru.
Prof. Azlan Abdul Rahman (empat kiri) dan Haji Ayub Rahmat bersama dengan 15 agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada majlis Pelancara Hari Bumi dan Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2014 di UTM Johor Bahru.

 

 

 

Explore More