Mei 8, 2024

Search
Close this search box.

120 Kakitangan PHB Sertai Gotong Royong Perdana: Tunai Janji Kepada Universiti

Skudai, 12 Disember 2013: Seramai 120 orang kakitangan Pejabat Harta Bina (PHB) menyertai Gotong-Royong Perdana PHB Tahun 2013 anjuran pejabat berkenaan. Aktiviti itu dijalankan bagi memenuhi salah satu daripada janji yang mereka kepada universiti melalui program 5 Gifts to UTM. Kerja gotong-royong meliputi pembersihan kawasan sekitar Perpustakaan UTM, Masjid Sultan Ismail, Dewan Sultan Iskandar (DSI), Bangunan Pentadbiran, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB), Fakulti Sains, Tasik Ilmu dan Rumah Tropika. Gotong-royong yang dijalankan memberi fokus kepada kerja-kerja pembersihan longgokan sampah dan barangan terpakai serta membersihkan longkang di kawasan berkenaan. Semua bahan buangan yang telah dikumpul, dikeluarkan dari kawasan berkenaan dengan bantuan perkhidmatan lori oleh kontraktor pembersihan kawasan. Para peserta turut dibekalkan dengan peralatan seperti sarung tangan, penyapu lidi, penyapu plastik, plastik sampah, penyodok sampah, pongkes dan berus longkang bagi memastikan kelancaran program tersebut. Dari maklum balas yang diterima, para peserta melahirkan rasa gembira dan berbesar hati kerana telah melunaskan janji kepada universiti dan bercadang untuk mengadakannya untuk kali kedua pada 23 Disember 2013. Lokasi yang dikenalpasti adalah sekitar Pusat Ekuin, Tadika Ihsan, Sekolah Agama, Rumah Alumni, Pejabat Penerbit, Bangunan L50, Kantin Lama, Parkir FAB, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum, Bangunan N24, JPAM, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), Bangunan P19 dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). Selain itu, rakan dari pusat tanggungjawap (PTJ) lain telah melahirkan rasa minat untuk turut serta dalam program gotong-royong yang dianjurkan itu. Sehubungan itu, untuk program gotong-royong kali ini, PHB turut menjemput PTJ berkenaan untuk memaklumkan lokasi gotong royong yang akan diadakan.

gotong royong

Explore More