Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Majlis perasmian program UTM-Industry Pasir Gudang Community Engagement (UTM-IPGCE)

Universiti  Teknologi  Malaysia  telah  sekali  lagi  mengambil inisiatif  dan menyahut  seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu  Merekayasa Institusi Pengajian Tinggi  dengan  memberi penekanan terhadap peranan ketiga IPT iaitu perkhidmatan kepada masyarakat.

Atas komitmen ini, UTM  menggunakan pendekatan “ilmu untuk masyarakat dan Negara” dengan mengadakan satu program yang melibatkan semua pihak dalam komuniti setempat  yang berlangsung mulai 7 Mac hingga 10 Mac, 2013 di kawasan Pasir Gudang.

Program yang dikenali sebagai UTM-Industry Pasir Gudang Community Engagement (UTM-IPGCE)  merupakan lanjutan dari program My Beautiful Malaysia Day  yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 3 Februari, 2013 yang lalu.

Majlis perasmian program ini akan di adakan seperti perincian berikut  :

Tarikh   :   9 Mac, 2013 (Sabtu)
Lokasi     :   Padang Awam Masai, Jalan Sekolah, Masai
Masa  :    bermula jam 7.00 pagi

Antara acara yang akan berlangsung sempena dengan Majlis Pelancaran ini adalah Gotong Royong My Beautiful Malaysia bersama Naib Canselor dan penduduk tempatan, pameran dan  kaunter  perkhidmatan  serta  penyerahan  sumbangan  daripada  Johor  Port Berhad kepada tabung endowmen UTM. Majlis  Perasmian  ini  akan  disempurnakan  oleh  Menteri Pengajian  Tinggi Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled  b. Nordin.

Semua warga UTM  adalah  dijemput dan dialu-alukan  untuk  memeriahkan  Majlis Perasmian  UTM-IPGCE  ini di samping  turut  menyumbang tenaga dan masa bagi bersama-sama mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Explore More