JOHOR BAHRU, 11 November: Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Dato’ Haji Abdul Ghani Othman merasmikan Majlis Makan Malam Konvensyen Pemimpin Mahasiswa IPT 2011 di PERSADA.
Hadir sama di majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Profesor Datuk Dr Mohd Tajuddin Haji Ninggal, Pengetua Kolej dan pegawai Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni.
Majlis makan malam yan ditaja oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Dato’ Haji Abdul Ghani Othman diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh penari dan pemuzik Yayasan Warisan Johor.