SKUDAI, 10 September: – Program Kayuhan Merdeka sempena sambutan kemerdekaan negara ke-54 berjaya menarik 1,050 peserta dari dalam dan luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kayuhan sejauh 3.5 kilometer bermula dari Padang Kawad melalui Jalan Stadium dan Jalan Lingkaran Ilmu sebelum kembali semula ke tempat permulaan diketuai oleh Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang turut sertai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Hj Ninggal dekan dan pengetua kolej.
Dr Zaini dalam ucapannya selepas kayuhan berkata, program berbasikal telah menjadi aktiviti mingguan di kalangan pentadbir dan usaha sedang digiatkan bagi menjadikan budaya di kalangan warga kampus.
Penggunaan basikal di kalangan masyarakat kampus dapat mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, tempat letak kenderaan dan mewujudkan kampus lestari yang bebas dari pencemaran asap kenderaan.
Selain itu, aktiviti berbasikal merupakan riadah yang dapat meningkatkan kecerdasan minda dan baik untuk kesihatan.